Sesiapa yang nak melancong ke Indonesia tetapi tengah 'survey' tiket murah tu eloklah datang ke Pameran Pelancongan AirAsia Wonderful Indonesia 2017 di IOI City Mall, Putrajaya yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 September lalu.

AirAsia tengah baik hati nak bagi anda semua tiket pada harga separuh harga!. Memang benar.

Dengan lebih 350 penerbangan seminggu ke Banda Aceh, Bandung, Bali, Jakarta, Lombok, Medan, Pekanbaru, Palembang, Padang, Pontianak, Semarang, Solo, Surabaya, Makassar dan Yogyakarta, kini anda juga mampu bercuti selalu bersama rakan travel anda.

Tetapi… tunggu dulu ya. Tawaran khas ini hanya untuk mereka yang datang ke pameran ini saja tau. Jom pakat datang ramai-ramai untuk rebut tiket promosi bagi tempoh perjalanan dari 1 Mac sehingga 21 November 2018.

Sebagai contoh, bila admin cari tiket ke Lombok 17 April 2018 harga yang tertera di website adalah RM249 sehala tetapi istimewanya di pameran itu, anda dapat dengan separuh harga. Memang berbaloi!

Pengunjung boleh membandingkan harga tiket ke destinasi yang dituju dibandingkan harga promosi yang diberikan.

KEBANGGAAN ASEAN

AirAsia dalam satu kenyataan menyatakan promosi tersebut adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kumpulan itu untuk memacu sektor pelancongan Indonesia dan Malaysia menerusi rangkaian yang luas.

Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee, berkata Kepulauan Indonesia adalah antara kebanggaan ASEAN dan AirAsia bangga dapat menerbangkan tetamunya ke 15 bandar yang berbeza di negara itu.

Orang ramai boleh membeli tiket penerbangan AirAsia pada separuh harga di Pameran Pelancongan AirAsia Wonderful Indonesia 2017 di IOI City Mall, Putrajaya.


“Melalui pameran pelancongan ini, kami berharap dapat menarik dan menggalakkan lebih ramai tetamu untuk menerokai keindahan Indonesia dengan AirAsia.

“Permintaan perjalanan antara Indonesia dan Malaysia amat positif dan kami berharap untuk meningkatkan lagi ketibaan pelancong bagi kedua-dua negara melalui rangkaian luas dan tawaran hebat kami,” katanya.

Apa lagi, jom terokai keindahan dan keunikan Indonesia. Inilah masa terbaik anda untuk bercuti dan paling penting dapat berjimat beli harga tiket penerbangan.