SKOP
Ini Rahsia Untuk Anda Kelihatan Jelita Macam Artis K-Pop
“Err… teh hijau?” Bukan semua mampu menghirup aroma teh hijau tanpa gula di kala mengambil sarapan pagi atau petang. Malah, ada yang menolak jika diberi percuma sekali pun.
Ramai beranggapan rasanya yang agak kelat dan cair menjadikan ia bukan pilihan terbaik untuk menikmatinya sebagai hidangan sampingan setiap hari berbanding teh tarik atau teh biasa yang lebih pekat dan ummpph!
Namun, tahukah anda, teh hijau sebenarnya mengandungi 1,001 khasiat yang diperlukan bagi mendapatkan kesihatan badan yang optimum. Pengambilan minuman teh hijau setiap hari mampu mengurangkan lemak degil dan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan sekali gus melancarkan proses pembakaran lemak dengan lebih efektif.
KHASIAT TEH HIJAU
Secara umum, teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan camellia sinensis. Ia berasal dari China dan dibawa sehingga ke Jepun dan meluas ke seluruh dunia. Teh ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan pergunungan beriklim sejuk.
Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 sehingga 8 meter. Daun teh berbentuk bujur panjang dengan gerigi halus pada pinggirnya. Daun teh berwarna hijau manakala bunga teh berwarna putih.
Siapa kata nak kurus kena melabur banyak duit? Percaya atau tidak, dengan hanya mengamalkan teh hijau pada setiap hari, anda juga boleh kurus dan memiliki kulit yang cantik mulus macam artis K-Pop!
BOLEH PERCAYA KE?
Pakar perunding hartanah, Harith Faizal baru-baru ini berkongsi pengalamannya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam masa dua bulan dengan hanya mengamalkan teh hijau.
Menerusi statusnya yang dimuat naik di Facebook, petuanya itu turut dikongsi lebih 14,000 pengguna dan menjadi bualan netizen selepas melihat dua gambar sebelum dan selepas dia mengambil teh hijau.
Menurutnya, pengambilan teh hijau tanpa gula sepanjang dua bulan adalah cara berdiet yang dapat mengurangkan kalori.
“Benda ini antara yang saya amalkan sepanjang saya diet 2 bulan. Yup! Hari ni genap 2 bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.
“Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spegeti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa 'cheat day'. Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila saya amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni,” katanya.
Tambahnya, dia hanya mengambil 2 sehingga 3 uncang sehari. Kebiasaannya dia menggunakan satu uncang sebanyak dua kali sebab ingin berjimat. Jadi, jumlah keseluruhan adalah 4 sehingga 6 kali sehari dan dia mengamalkannya ketika sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Dia juga mengakui teh hijau memang kurang sedap berbanding teh jenis lain.
“Green tea untuk diet, memanglah tak sedap. Kalau kau nak yang sedap, belilah Green Tea Crème Frappuccino Blended kat Starbucks tu. Sila cuba kepada yang tengah diet.
"Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Takda gula, takda susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap jugak. Eh!,” katanya.
KAJIAN SAINTIS MEMANG TERBUKTI
Beberapa kajian dilakukan saintis antarabangsa juga membuktikan teh hijau sangat baik untuk kesihatan badan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh seorang pakar kesihatan, Dr Suri Roowi, mendapati bahan berkhasiat dalam teh hijau dipecahkan 10 kali ganda dan diserap dalam tubuh badan jika ia ditambah dengan madu.
Pandangan Dr Jue yang dipetik menerusi perkongsian di laman sesawangnya, SegarAnggun.com menyatakan teh hijau meningkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan kecergasan fizikal. Malah, kajian pada 10 lelaki aktif menunjukkan teh hijau menaikkan tenaga sebanyak 4 peratus dan meningkatkan kadar pembakaran lemak sebanyak 17 peratus.
Beberapa kajian turut mendapati, teh hijau membantu menurunkan lemak badan terutamanya pada bahagian perut.
Sementara itu, satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry menyatakan kandungan polifenol yang terdapat dalam teh hijau berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40 peratus kandungan polifenol.
Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ini dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan.
Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena kanser. Selain bertindak sebagai pembakar lemak dan mengurangkan risiko penyakit, teh hijau juga membantu memanjangkan usia manusia.
Menurut Dr Jue, kajian terhadap 40,539 orang dewasa di Jepun menunjukkan mereka yang mengamalkan teh hijau lima cawan sehari mempunyai umur yang lebih panjang daripada mereka yang tidak minum teh hijau. Satu kajian terhadap 14,001 penduduk Jepun juga mendapati mereka yang berumur 65 tahun hingga 84 tahun adalah mereka yang mengamalkan teh hijau.