,
Skop

JDT Pertahan Ghaddar, Tak Jangka PKNS Guna Formasi 5-3-2

Sufiah Akmal
25/05/2017
08:26 MYT
"Ia bukanlah satu malam yang terbaik untuk Ghaddar (Mohammed Ghaddar) tetapi tidak mengapa," kata Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora.
Katanya, beliau tidak mengukur prestasi pemain dengan jumlah gol dijaringkan walaupun ia perkara yang perlu dilakukan oleh seorang penyerang.
Menurutnya, Ghaddar telah mencuba dengan baik, berlari, melibatkan diri di dalam kotak penalti dan membuat beberapa percubaan tetapi gagal mencipta jaringan.
"Dia akan membiasakan dirinya dengan rakan sepasukan yang lain. Dia seorang pemain yang baik dan akan menyumbatkan gol. Saya berpuas hati dengan aksi permainan Ghaddar malam ini," katanya dalam satu kenyataan ketika mengulas persembahan sulung Ghaddar bersama pasukan JDT pada perlawanan Liga Super 2017 menentang PKNS di gelanggang lawan, malam tadi.
Pemain kelahiran Lebanon berusia 33 tahun itu mendapat perhatian JDT selepas meledak 18 gol hasil daripada 12 penampilannya bersama skuad Kelantan musim ini. Kelibat pertama beliau bersama JDT malam tadi bagaimanapun dikritik sebilangan penyokong pasukan itu kerana dilihat tidak memberi impak seperti diharapkan.
Terdahulu, Mora menjelaskan, JDT berhadapan kesukaran menewaskan PKNS malam tadi kerana tidak menjangkakan pasukan itu menggunakan formasi 5-3-2.
"Pada awal permainan, bahagian sayap mereka telah memberikan kami masalah. Kami menggunakan formasi 4-2-3-1 dan mengharapkan bahagian sayap kami dapat menyerang serta dapat mengawal permainan sepenuhnya. Saya kemudiannya menukar strategi kepada formasi 'diamond' dan ianya berkesan membantu kami menguatkan bahagian tengah," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.
Viral

Arif Aiman Ziarah Faisal Halim, Peminat Respek  - “Diluar Padang Mestilah Bersahabat”

gempak
28/08/2024
00:28 MYT
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim, baru-baru ini.
Sukan

SINARENA 2024: Perlawanan Epik Sinar & Astro Arena Vs Pemain Legenda Sultan Selangor

gempak
26/08/2024
18:25 MYT
SINAR, dalam kerjasama dengan Astro Arena, telah berjaya menganjurkan acara Pesta Bola SINARENA 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.