,
Skop

Jururawat, Pembantu Kesihatan Paling Tinggi Kemalangan Akibat Mengantuk

Sufiah Akmal
01/06/2017
03:21 MYT
Memandu kenderaan dalam keadaan penat meningkatkan risiko terbabit dalam kemalangan jalan raya. Tidur tidak mencukupi ini disebabkan pelbagai faktor termasuk sosial, persekitaran, pekerjaan dan kesihatan.
Kebelakangan ini, isu kemalangan jalan raya membabitkan doktor dan kakitangan hospital kerajaan mendapat perhatian ramai terutama kemalangan berulang alik dari tempat kerja ke rumah dan dari rumah ke tempat kerja.
Berdasarkan data jumlah kemalangan berulang-alik dalam kalangan kakitangan hospital kerajaan pada tahun 2014 sehingga 2016 disediakan Kementerian Kesihatan, sebanyak 554 kes kemalangan jalan raya dilaporkan. Sebanyak 295 kes itu melibatkan jururawat, pembantu kesihatan (91), penolong pegawai perubatan (35), pegawai perubatan (35), pemandu (31), pembantu penyediaan makanan (15) dan lain-lain (52).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hospital kerajaan menawarkan perkhidmatan kesihatan berterusan selama 24 jam, maka menjadi lumrah pada kakitangannya bekerja di luar waktu kerja biasa.
Bagaimanapun, beliau menyatakan terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk mereka termasuk peruntukan berhubung perkara itu berdasarkan pekeliling dikeluarkan untuk memberi kelonggaran tertentu kepada kakitangan hospital kerajaan.
Jelasnya, ia masih berdasarkan kepada budi bicara ketua jabatan masing-masing dan tertakluk kepada keperluan perkhidmatan di hospital.
Sehubungan itu, sebagai langkah pencegahan berterusan, Kementerian Kesihatan berganding bahu dengan agensi berkaitan termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Badan Bukan Kerajaan untuk menangani isu berkenaan.
"Semua anggota Kementerian Kesihatan disarankan mengambil berat tentang keselamatan diri mereka dan mengamalkan budaya pemanduan selamat terutamanya selepas tugasan diselesaikan.
"Jika kelesuan atau mengantuk, mereka disarankan mengambil masa berehat atau tidur sebentar sebelum memandu. Ini bagi memastikan mereka dapat memandu dengan selamat semasa dalam perjalanan pulang ke pangkuan keluarga tersayang," katanya dalam satu kenyataan.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Terkini

Anggota Trafik Alami Simptom Hilang Memori Selepas Kemalangan

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Anggota parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini ketika penugasan Ops Samseng Jalanan pada 28 Julai lalu kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus Kemalangan Aksi Final Keirin

gempak
11/08/2024
12:11 MYT
Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, terlibat kemalangan dalam perlumbaan final acara keirin Sukan Olimpik Pris 2024 di Velodorom Nasional Perancis sebentar tadi.
Berita

Jurulatih Badminton Mabuk, Didakwa Langgar Mati Penunggang Motosikal

gempak
29/07/2024
11:13 MYT
Seorang jurulatih badminton sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Isnin atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal.
Viral

Bintang YouTube Motosikal Wanita Tercantik Maut Kemalangan

gempak
28/07/2024
15:52 MYT
Seorang YouTuber wanita yang digelar penunggang motosikal paling cantik di internet maut dalam sebuah kemalangan jalan raya di Turkiye.