Jika anda merasakan skill ‘Photoshop’ anda sudah hebat, fikir sekali lagi. Artis digital dan pelawak ini pasti membuatkan anda tergelak ‘berdekah’ tanpa henti melihat hasil kerjanya sangat realistik.

Menggunakan selebriti terkenal sebagai bahan jenakanya, suntingan serta pemilihan ton warna menjadikan gambar dihasilkan amat menjadi. Malah, individu ini turut menyelitkan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sebagai bahan usikkannya.

Rojak Daily Skop! memilih lima hasil kerja lelaki ini yang dikenali sebagai Robert yang dianggap paling mencuit hati!

1. 'MUKA TIDAK BERSALAH'

Berat bahu memikul, berat lagi mendukung Robert.

Gambar pasangan Ryan Reynolds dan Blake Lively ini antara yang paling kelakar. Melihat mimik muka pemuda ini saja sudah membuat penulis ‘berdekah’, apatah lagi dengan reaksi Blake Lively yang kena dengan situasi di karpet merah ini. Ton warna dan sedikit ‘noise’ pada gambar menjadikan ia nampak lebih realistik.

2. 'KESENGSARAAN' KANYE WEST

Redha. Mungkin itu paling sesuai menggambarkan reaksi muka Kanye West.
Reaksi muka Kanye West ini cukup untuk memberi tahu kepada kami bertapa sengsaranya beliau diapit oleh Robert dan Kim Kardashian. Selain itu 'posse' pemuda ini yang sedang sarat mengandung sangat epik!

3. MIMIK MUKA SELAMBA

Angelina Jolie juga 'redha' dengan nasib menimpa dirinya.

Ini antara yang paling kelakar daripada semua hasil kerjanya. Duduk di tengah antara Brad Pitt and Angelina Jolie sebenarnya sukar untuk ‘dihadam’. Malah, muka selamba pemuda ini yang sedang menikmati minuman menjadikan ia lebih lucu. Lihat saja muka Angelina Jolie.

4. PANDANGAN TAJAM DAVID BECKHAM

'Awkward' sungguh untuk kami melihat gambar ini.

Gambar seterusnya lebih janggal untuk dilihat tetapi ia masih lawak dengan aksi Robert menyarung tuala ke atas badan David Beckham. Malah, pandangan David Beckham ke arah pemuda ini juga nampak realtistik. Sekali lagi Robert bijak menggunakan ton warna untuk dipadankan dengan gambar asal.

5. TUNAFOTO PALING EPIK

Kami mencari juga hasil gambar swafoto ini di Instagram Taylor Swift.

Aksi tunafoto atau ‘photobomb’ antara Taylor swift dan Karlie kloss ini mungkin menjadi gambar tunafoto paling kelakar. Gaya Robert yang ‘gila-gila’ di belakang kedua rakan baik ini pasti memusnahkan gambar swafoto mereka. Nampaknya aksi pemuda ini lebih mencuri tumpuan ramai dibandingkan dua selebriti Hollywood itu.