,
Skop

Kebersihan Kantin Hospital Diragui Akibat Dakwaan Tikus Dalam Bekas Sayur

Sufiah Akmal
21/08/2017
09:23 MYT
Kantin Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini kerana didapati tidak mengamalkan penyediaan makanan yang bersih.
Pengarah HTAR, Dr Ding Lay Ing berkata, kantin itu bagaimanapun dibenarkan beroperasi semula jam 10 malam pada hari yang sama selepas penilaian dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang.
PKD Klang mengeluarkan notis arahan penutupan kantin itu kira-kira pukul 2 petang pada 18 Ogos lalu berikutan satu video menjadi tular di media sosial yang merakam seekor tikus berada di dalam bekas sayur yang didakwa di kantin hospital itu.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Zailan Adnan pula menyatakan kebenaran membuka semula kantin tersebut dibuat selepas mengambil kira kebajikan pelawat dan warga kerja hospital HTAR.
Perkembangan itu bagaimanapun mengusarkan orang ramai kerana KKM kelihatan seolah-olah kurang tegas terhadap pengendali kantin tersebut. Berikutan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut agar menjelaskan situasi sebenar.
ALASAN DIBUKA SEMULA
Dr Noor Hisham berkata, KKM sentiasa memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan di semua kantin, restoran dan gerai makanan, termasuk di fasiliti kesihatan di bawah kementerian.
Menurutnya, pemeriksaan PKD Klang pada mulanya mendapati operator kantin itu tidak mematuhi beberapa piawaian di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983. Pemeriksaan itu dijalankan susulan aduan dibuat meskipun masih tidak dapat dipastikan kesahihan lokasi kantin dan masa video tersebut dirakam.
Bagaimanapun, penilaian semula oleh PKD Klang ke atas kantin itu mendapati tahap kebersihan kantin berkenaan adalah memuaskan dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
ARAH KAWALAN SERENGGA LEBIH KERAP
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menjelaskan kerja-kerja kawalan serangga dan haiwan perosak di hospital kerajaan merupakan salah satu daripada skop kerja penyelenggaraan syarikat konsesi dalam program penswastaan.
Syarikat konsesi akan menjalankan kawalan tikus melalui aktiviti pemeriksaan rutin mengikut frekuensi yang ditetapkan iaitu setiap hari dan bulan menggunakan mekanisma seperti penggunaan umpan dan perangkap serta menutup laluan tikus dan penghapusan tempat pembiakannya.
Kegagalan syarikat konsesi dalam melaksanakan aktiviti kawalan menghapuskan serangga akan menyebabkan mereka dikenakan yuran pemotongan kerana ketidakpatuhan ke atas kontrak.
Sehubungan itu, beliau menegaskan KKM mengarahkan semua syarikat konsesi menjalankan kerja tersebut dengan lebih kerap dan menambah baik mekanisma yang digunakan di keseluruhan fasiliti kesihatan.
Selain itu, KKM akan meneruskan pemeriksaan premis makanan secara rutin dan akan mempertingkatkan lagi pemeriksaan kafeteria di semua hospital kerajaan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan.
"Premis makanan yang tidak mematuhi keperluan kebersihan akan dikenakan tindakan, boleh diperintahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan dikenakan kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009," katanya.
15,731 PREMIS DIARAH TUTUP
Noor Hisham turut memaklumkan KKM menjalankan 635,439 pemeriksaan premis makanan dari tahun 2012 sehingga 2016 di seluruh negara termasuk 423 pemeriksaan ke atas kafeteria di hospital kerajaan pada tahun 2016.
Hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati sebanyak 15,731 premis makanan tidak bersih ditutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 termasuk kerana kehadiran tikus.
"Di samping itu 24,266 kompaun telah di keluarkan terhadap pengusaha makanan yang gagal mematuhi keperluan kebersihan makanan," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada kafeteria di hospital kerajaan antara premis yang dikenakan arahan tutup dan kompaun tersebut.
LANGKAH MENCEGAH TIKUS
Dr Noor Hisham menyarankan langkah-langkah kawalan dan pencegahan terhadap makhluk perosak termasuk tikus boleh diambil pihak terlibat seperti berikut:
  1. Menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan luar premis termasuk rumah, kedai makanan, institusi dan tempat rekreasi supaya tiada makhluk perosak termasuk tikus di persekitarannya.
  2. Sampah dan sisa makanan perlu dibuang secara sempurna dan berkala. Pastikan tiada sisa makanan terbiar dan ia hendaklah dimasukkan ke dalam bakul sampah bertudung.
  3. Laluan tikus hendaklah ditutup iaitu pemasangan ‘rat-proofing’ seperti pemasangan kepingan logam atau simen.
  4. Penggunaan perangkap tikus dengan umpan yang bersesuaian dipasang di laluan tikus atau penggunaan racun tikus ('rodenticide') untuk mengurangkan populasi tikus di rumah.
  5. Orang awam juga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mencegah dijangkiti penyakit berjangkit seperti keracunan makanan dan leptospirosis.
  • Memilih premis yang bersih untuk makan dan minum.
  • Melaporkan kepada pihak berkuasa mana-mana premis makanan yang didapati tidak bersih untuk diambil tindakan lanjut.
Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika mahu membuat aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
"Masalah haiwan perosak serta persekitaran tidak bersih yang boleh membawa penyakit berjangkit dan penyakit bawaan vektor seperti leptospirosis, keracunan makanan, tifoid dan lain-lain.
"Persekitaran yang tidak bersih menggalakkan pembiakan haiwan perosak yang kemudian lazimnya akan mencari makanan di kawasan yang mempunyai banyak makanan misalnya kantin, restoran, gerai makanan dan sebagainya," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Atasi Stigma Kesihatan Mental: Pentingnya Meminta Bantuan untuk Kesihatan Mental

gempak
29/10/2024
09:55 MYT
Pengasas Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA), Anita Abu Bakar mengakui cabaran stigma dan diskriminasi masih wujud, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

Didakwa Cerai Sebab Ada Masalah Kesihatan Lelaki, Fazley Yaakob; "Azrene Pernah Gugur 13 Kali, Dekat Mananya Saya Tak Sihat?"

gempak
19/10/2024
02:55 MYT
Hanya tergelak! Demikian reaksi cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob ketika ditanya mengenai penyebaran khabar angin mendakwa dirinya mengalami masalah kesihatan lelaki yang menjadi punca perceraian dengan bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Hiburan

“Kalau Anda Cakap Saya Cantik, Terima Kasih” - Sofia Jane Utamakan Kesihatan, Dah Lama Tak Ambil Makanan Proses

gempak
18/10/2024
14:04 MYT
Pelakon hebat, Datin Sofia Jane lebih mengutamakan soal penjagaan kesihatan bagi memastikan dirinya kekal cergas untuk menjalani tempoh penggambaran yang panjang.
Hiburan

Elak Pengambilan Gula Berlebihan Antara Tips Rosyam Nor Kekal Sihat - “Apabila Metabolisme Badan Mula Berkurang, Saya Terpaksa…”

gempak
09/10/2024
12:55 MYT
Masih dilihat cergas dan sihat pada usia 57 tahun, pelakon Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatan.
Anmum