Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
SKOP

Kemungkinan Bangunan Pencakar Langit Di Malaysia Sama Seperti Grenfell Tower

Sufiah Akmal 06/07/2017 | 05:46 MYT

Pada 28 Jun lalu, polis London mengesahkan sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh dalam tragedi kebakaran di Grenfell Tower di negara tersebut pada 14 Jun lalu.

Kejadian itu turut mengakibatkan beribu-ribu orang dipindahkan dari empat bangunan tinggi di utara London selepas pemeriksaan menemui pelbagai masalah keselamatan berkaitan kebakaran termasuk pintu perlindungan kebakaran rosak.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye mengulas mengenai insiden itu baru-baru ini mengatakan jika kebakaran seperti itu boleh berlaku di negara maju dan mempunyai rekod keselamatan yang baik seperti United Kingdom, sudah tentu keadaan sama juga boleh berlaku di negara membangun seperti Malaysia.

RISIKO BANGUNAN DI MALAYSIA

Pandangan sama turut dilemparkan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, memandangkan bangunan pencakar langit bak cendawan tumbuh selepas hujan di Malaysia, tidak sukar membayangkan bencana sama boleh juga berlaku di negara ini. Risiko pada ramai penghuni yang mendiami bangunan yang boleh menjadi perangkap maut seperti mana kejadian di London itu.

Tambahnya, CAP sering menerima aduan daripada penghuni bangunan tinggi dan bangunan pencakar langit yang menambahkan lagi kebimbangan,

Dakwanya, sebahagian besar faktor yang menyumbang kepada bencana flat perumahan awam yang berlaku di utara Kensington, London itu sama dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh penghuni bangunan tinggi di negara ini.

Antara beberapa aduan yang diterima CAP:

BUAT PEMERIKSAAN SEGERA

S.M. Mohamed berkata, Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang menerima aduan tersebut menulis surat kepada perbadanan pengurusan tetapi surat-surat itu tidak diendahkan. Sebarang tindakan lanjut COB turut menerima nasib yang sama.

Justeru, beliau mempersoalkan kepada siapakah penghuni bangunan tinggi di Malaysia akan bergantung harap demi memastikan keselamatan nyawa mereka terjamin jika bukan pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap properti strata.

"Jadikanlah insiden Grenfell Tower sebagai satu pengajaran, bukan sahaja kepada pemaju dan kontraktor dalam industri binaan kita malah kepada perbadanan pengurusan dan COB di negara kita.

"Janganlah mudah berpuas hati dengan tanggapan bahawa insiden seumpamanya tidak mungkin berlaku," katanya.

Sehubungan itu, CAP menggesa pihak terlibat segera memeriksa bangunan tinggi yang terdapat di negara ini bagi menentukan sama ada ia memenuhi piawaian keselamatan.

BANGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA

Berikut antara bangunan tertinggi di Malaysia:

#Keselamatan Bangunan