Skip to main content

Market Trends

Ketika Umat Islam Berpuasa, Ada Pula Ajak Buat Perkara Tidak Bermoral

18sx.jpg

Dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa nampaknya ada pula pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencemari bulan mulia ini dengan aktiviti tidak bermoral. Apa yang mengejutkan apabila ada yang pandai-pandai nak ajak orang lain melakukan dosa beramai-ramai.

Bagaimanapun, pihak Polis Pulau Pinang kini sedang memantau dan melakukan siasatan berhubung laporan polis yang dibuat seorang exco kerajaan negeri tersebut berkaitan penafian mengenai program 'National Masturbation Month' yang dimuat naik melalui Facebook pada Sabtu lalu.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, berdasarkan siasatan awal yang dijalankan mendapati risalah yang tertulis 'May Has Cum' dimana lokasi acara itu dipercayai akan diadakan di Sigi's Bar & Grill yang terletak di Golden Sands Beach Hotel, semalam.

Menurutnya, hasil siasatan yang dilakukan mendapati pihak hotel berkenaan menafikan mengenai risalah kelucahan melampau berkenaan yang disifatkan sebagai maklumat palsu dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, pihaknya turut menerima satu laporan polis pada jam 11.30 pagi semalam oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Kesenian, Danny Law berkaitan acara berkenaan.

"Siasatan lanjut mendapati risalah itu dimuat naik di Facebook oleh individu tidak bertanggungjawab selain menafikan pembabitan Penang Tourism dalam acara berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," katanya.

Must-Watch Video