SKOP
KitKat Perisa Terbaru Ini Jadi Bualan Hangat Netizen Di Twitter!
Bulan lalu, Nestlé Japan Ltd. melancarkan produk KitKat mereka dengan perisa coklat merah jambu digelar Ruby KitKat.
Ia dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kekasih yang dirai pasangan bercinta pada setiap 14 Februari.
Menariknya, warna merah jambu pada coklat berkenaan dikatakan menggunakan sumber semula jadi.
Bagi peminat KitKat di Malaysia, anda sudah boleh membeli KitKat Ruby di pasar raya berhampiran atau di stesen minyak berdekatan.
KECOH DI TWITTER
Bagaimanapun, keghairahan pengguna untuk mencuba perisa coklat merah jambu itu mungkin tidak kekal lama apabila muncul pula 'KitKat Lemon Drizzle'.
Coklat bar dengan 105 kalori itu mula tular di media sosial dan kini menjadi bualan ramai berhubung rasa dan perisa lemon yang diperkenalkan.
Rata-rata pengguna Twitter menyukai perisa baru berkenaan.
Malah, terdapat pengguna yang membuat ulasan berhubung produk terbaru itu dan apa yang menggagumkan tempoh durasi video berkenaan mencecah 17 minit!
Tempoh 17 minit untuk 'KitKat Lemon Drizzle' rasanya terlalu lama untuk ‘dihadamkan’ tetapi anda boleh tonton di sini jika berminat.
NESTLE KURANGKAN PENGGUNAAN GULA
'KitKat Lemon Drizzle' ini berkemungkinan tidak menggunakan gula terlalu banyak kerana Nestle telah mengumumkan untuk mengurangkan kadar gula sebanyak 7,500 tan dalam produk untuk tahun 2018.
Namun, ia hanya tertakluk pada produk Aero, Milkybar, Rolo, Smarties, Yorkie and KitKat.
Tidak pasti bila perisa terbaru ini akan memasuki Malaysia. Namun, berdasarkan respon pengguna Twitter di luar sana membuatkan kami tidak sabar untuk mencuba!

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.