Skip to main content

Market Trends

Lepas Makan Ketupat, Toyota Ajak Pelanggan Ke Tokyo

toyota3.jpg

Sebut sahaja Toyota siapa tidak kenal. Toyota antara kereta import paling popular di Malaysia. Mula dibawa masuk ke negara ini pada tahun 1956 dan berkembang pesat sehingga kini.

Syarikat pengedarannya, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) pada tahun lalu mengumumkan berjaya menjual sebanyak 95,861 unit kenderaan Toyota di negara ini. Kebanyakannya disumbangkan oleh model Vios iaitu hampir 34,000 unit.

Advertisement

Presidennya, K Ravindran berkata, pada awal tahun ini Toyota optimis dalam mencapai sasaran jualan sebanyak 70,000 kenderaan di sebalik kelembapan pasaran automotif ketika ini.
 

TOYOTA BELANJA LEMANG

Menyedari sokongan masyarakat di negara sebagai pelanggan ke atas jenamanya, UMW Toyota berbesar hati mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di pusat pameran Toyota di seluruh negara sebagai meraikan umat Islam yang masih menyambut perayaan tersebut.

Majlis yang terbuka kepada masyarakat umum itu akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula dari 14 sehingga 16 Julai ini dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Seperti kelaziman rumah terbuka Aidilfitri lain, UMW Toyota juga menyediakan pelbagai juadah enak seperti ketupat, lemang, rendang dan lain-lain serta aktiviti-aktiviti menarik disediakan untuk kanak-kanak.

Toyota Vellfire antara model yang menjadi pilihan ramai pengguna kenderaan mewah di negara ini.

DAH KENYANG DAPAT TAWARAN ISTIMEWA

Lebih menarik, orang ramai yang mengunjungi majlis tersebut berpeluang mendapatkan tawaran khas yang diberikan UMW Toyota kepada pembeli jenama Toyota sepanjang Julai ini.

"Mereka yang membeli Vios dan Toyota Corolla Altis bakal menikmati aksesori percuma seperti perakam video digital, pengecas port USB, cermin pintu autofold, monitor panorama view," kata UMW Toyota dalam satu kenyataan hari ini.

Tawaran khas tersebut adalah seperti berikut:

  • rebat tunai sehingga RM5,000 untuk Toyota Camry, Corolla Altis, Vios, Sienta, Innova, Fortuner, Hilux dan Avanza
  • aksesori percuma bernilai sehingga RM5,700 untuk Corolla Altis dan RM4,000 untuk Vios
  • tambahan rebat duit raya sebanyak RM500 untuk Toyota Vios
  • lima tahun perkhidmatan selepas jualan secara percuma untuk Toyota Alphard dan Vellfire


JOM KE TOKYO

Selain itu, bermula 1 Julai lalu sehingga 30 September depan, UMW Toyota menganjurkan promosi beli dan menang. Menariknya, pemenang akan dapat menyertai Pameran Motor Tokyo di Jepun.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran itu atau ingin mengetahui pusat pameran atau pusat servis Toyota terdekat bagi menyertai Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Toyota boleh melayari toyota.com.my.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video