SKOP
Lima Kesilapan Dunia 'Tech' Paling Diingati
‘If you're not prepared to be wrong, you'll never come up with anything original’ - penulis buku, Ken Robinson.
Sebagaimana maksud pepatah ini, begitu jugalah situasi dalam dunia teknologi. Setiap idea dicipta itu tidak lari daripada menempuh fasa kesilapan.
Malah, boleh dikatakan setiap teknologi yang kita guna sekarang sebenarnya terhasil daripada beberapa kegagalan syarikat gergasi di luar sana.
Ada yang berguna, ada yang tidak masuk akal dan tidak kurang juga yang dipasarkan hanya sebagai ‘percubaan’ menguji kehendak pasaran.
Namun, disebalik percubaan ini terdapat beberapa produk atau teknologi yang dianggap sebagai kesilapan dalam tempoh 10 tahun ini.
Rojak Daily Skop! senaraikan lima kesilapan terbesar dalam sejarah teknologi dunia:
1. JAM PINTAR PEBBLE
Jam pintar ini tidak begitu popular dalam kalangan pengguna Malaysia. Namun, kewujudannya di negara luar menerima sambutan yang amat menggalakkan. Keunikan jam pintar ini terletak pada penggunaan paparan E Ink dengan animasi yang agak ‘cool’.
Selain itu tempoh jangka hayat yang ‘outstanding’ menjadikan Pebble sukar ditandingi oleh jam pintar yang menggunakan paparan skrin berwarna.
Bagaimanapun, populariti jam pintar ini dilihat semakin suram apabila jam pintar yang dijana sistem operasi Android Wear, dan Apple Watch, dan Tizen mula menguasai pasaran.
Malah, episod kegemilangan Pebble berakhir apabila ia dijual kepada FitBit. Difahamkan, FitBit kemudian membatalkan keseluruhan projek dibawah Pebble. Sokongan untuk Pebble kemudian berakhir begitu saja.
2. FACEBOOK HOME
Pada tahun 2013, Facebook boleh dikatakan sedang mengecapi ‘puncak’ kejayaan dalam menakluk empayar media sosial. Ketika itu pelbagai gerakan cuba dikuasai media sosial ini termasuk sistem perisian telefon pintar.
Mungkin anda masih ingat Facebook sebenarnya pernah melancarkan ‘Android Launcher’ yang menjadikan telefon pintar anda sebagai telefon Facebook.
Setiap antaramuka ('interface') termasuk ‘lockscreen’ anda akan memaparkan informasi berkaitan Facebook. Setiap status dan gambar yang dimuat naik oleh rakan anda akan terpapar disetiap pelusuk skrin telefon pintar. Semuanya Facebook!
Namun, Facebook tidak kekal lama, pengguna termasuk penulis sendiri hanya menggunakan 'Launcher' ini tidak sampai sehari. Terlalu 'compilcated' bukan!
3. SKRIN MELENGKUNG
Sebelum kemunculan Galaxy S6 Edge, S7 Edge, S8 yang anda lihat di pasaran sekarang, teknologi skrin melengkung pada awalnya disifatkan sebagai satu kegagalan oleh pengguna.
Bermula dengan LG G Flex dan G Flex 2, skrin melengkung keluaran LG ini menampilkan rekaan yang unik.
Lengkungan skrin antara bahagian atas dan bawah, menjadikan rekaan peranti ini kelihatan seperti buah pisang. Disebabkan itu ada di antara pengguna mengganggap rekaan ini sebagai pelik dan tidak mesra pengguna.
Selain LG G Flex, Galaxy Round juga menempuh kegagalan selepas membuat kemunculan sebagai antara telefon skrin melengkung pertama dibawah Samsung.
4. 'SELF HEALING'
Masih lagi tertumpu pada model LG G Flex tetapi kali ini LG membawa teknologi ‘self-healing’ yang membolehkan permukaan kerangka telefon pintar pulih secara automatik jika terkena kesan calar.
Jika telefon mengalami calar, apa yang anda perlu buat adalah hanya menggosok calar terbabit dan ia secara automatiknya akan pulih. Namun, ia hanya tertakluk pada calar yang halus saja dan bukan pada kesan goresan yang teruk.
Tidak pasti sama ada ia gimik atau benar-benar berfungsi. Namun, apa yang dilakukan oleh LG ini harus dipuji. Teknologi ini mungkin berguna pada masa hadapan.
5. GOOGLE GLASS
Ya, produk ini dikatakan kegagalan terbesar sepanjang sedekad ini. Google Glass secara dasarnya bertindak sebagai kaca mata pintar yang memaparkan notifikasi dan maklumat daripada telefon pintar.
Selain itu ia juga mempunyai kamera 5 megapixel dan keupayaan merekod video. Sebelum terciptanya kaca mata Snapchat, Google Glass terlebih dahulu menjengah pasaran!
Google Glass dikawal menerusi sensor yang teletak pada sisi tepi. Ada yang mendakwa fungsi kaca mata ini masih tidak menyeluruh dan tidak mesra pengguna. Untuk mereka yang memakai kaca mata, agak sukar untuk menggunakan Google Glass ini.
Bagaimanapun, difahamkan terdapat versi baru yang bakal dikeluarkan Google. Menerusi kewujudan pembantu maya iaitu Google Assistant, Google Glass edisi baru mungkin lebih sempurna dan boleh memikat hati pengguna. Nantikan!
Sebenarnya, kegagalan teknoolgi ini bukanlah satu isu atau perkara yang tidak baik. Malah, ia dianggap sebagai permulaan untuk menghasilkan satu produk yang lebih bagus dan sempurna. Google Glass mungkin antara kegagalan yang pernah berlaku tetapi tidak mustahil produk ini dijangka akan kembali ke pasaran.