Lupakan sementara New Delhi, Agra atau Mumbai, kerana India sebenarnya menyimpan satu lagi khazanah dunia yang mengagumkan iaitu di Jaipur!

Selain merupakan ibu kota Rajasthan, Jaipur juga adalah kota terbesar dan terancang di India. Warisan kebudayaan Jaipur yang kaya ditonjolkan melalui tradisi, kebudayaan, gaya hidup, kesenian, barang kemas, tekstil dan seni bina.

Digelar sebagai ‘Pink City’, kemeriahan warna merah jambu pada bangunannya adalah satu keunikan Jaipur. Warna tersebut diinspirasikan daripada seni bina bandar Mughal yang menggunakan batuan merah. Tidak cukup dengan itu, Jaipur juga mempunyai tempat pelancongan yang memukau!

Rojak Daily Skop! senaraikan 5 mercu tanda ikonik yang pasti membuatkan anda terpaku:

1. ISTANA AMBER

Lihat saja seni bina istana lama ini. Sungguh mengagumkan!
Turut dikenali sebagai Amber Palace atau Amer Fort, lokasi ikonik ini terletak 11 kilometer dari Jaipur. Berada di atas puncak bukit, ia menjadi buruan utama pelancong jika berkunjung ke sana. Istana ini juga diiktiraf sebagai Warisan Budaya Terpelihara oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2013.

2. HAWA MAHAL

Penghasilan bangunan dipenuhi tingkap ini mempunyai tujuannya tersendiri.
Istana ini dibina dengan struktur bangunan yang tinggi dan untuk makluman, ia mempunyai 953 jumlah tingkap kecil yang dikenali sebagai ‘jharokhas’. Menariknya bangunan ini, ia dibina bagi memboleh golongan bangsawan dahulu kala untuk melihat festival jalanan tanpa dilihat oleh orang awam.

3. JAL MAHAL

Bangunan ini seakan terapung jika dilihat dari jauh.
Ini antara lokasi tercantik dan unik untuk dikunjungi. Jal Mahal terletak di tengah-tengah tasik Man Sagar di Bandar Jaipur. Istana dan tasik itu masing-masing dibina dan diperluaskan pada abad ke-19 oleh Maharaja Jai Singh kedua.

Pelancong boleh menikmati pandangan dari jauh melihat monumen Jal Mahal yang seakan terapung di tengah tasik. Panoramanya memang sungguh mengasyikan!

4. NAHARGARH FORT

Sekali imbas, kelihatan seperti Taj Mahal!
Terletak indah di puncak Aravali, Jaipur dan bangunan menyimpan pelbagai kisah sejarah bandar Jaipur. Nahargar dibina pada tahun 1734 oleh Maharaja Sawai Jai Singh kedua.

Jika anda ke sini, kubu Nahargarh menawarkan pemandangan menakjubkan dengan persekitaran bukit memukau. Difahamkan ia di buka dari jam 10 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari.

5. BIRLA MANDIR

Pemandangan kuil ini dikatakan lebih meriah ketika malam kerana bercahaya.
Kuil Birla ini merupakan kuil Hindu terletak di Jaipur dan difahamkan ia adalah satu daripada kuil Birla yang dibina beberapa tempat di dunia.

Ia terletak di bukit Moti Dungari dan dibina pada bermula tahun 1977 dan siap tahun 1985. Sehingga kini, Birla Mandir dianggap antara tempat pelancongan tercantik di Jaipur!

TAWARAN AIRASIA X

Anda kini boleh terus ke Jaipur dengan penerbangan murah AirAsia X.
Bagi anda yang telah lama memendam hasrat untuk melancong ke Jaipur, AirAsia X hari ini buat julung kalinya melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jaipur, India.

Harga yang ditawarkan serendah RM229 bagi tempat duduk ekonomi dan RM699 untuk ‘Flatbed Premium’ sehala. Tempahan dibuka bagi tempoh perjalanan antara 5 Februari sehingga 21 November 2018.

Tambah menarik, ia membabitkan kekerapan penerbangan empat kali seminggu!

Jika sebelum ini perjalanan mengambil masa agak lama kerana tiada penerbangan terus ke Jaipur tetapi menerusi tawaran AirAsia X ini anda hanya perlu mengambil masa 5 jam 30 minit. Maklumat lanjut anda boleh melayari laman sesawang AirAsia X