Jika ditanya mengenai sneakers paling ‘lit’ dalam kalangan golongan muda masa sekarang, pastinya jenama Vans menjadi pilihan ramai.
Paling popular pastinya Vans Old Skool yang membuat telah membuat ‘comeback’ selepas mula dilancarkan pada 1997.
Namun, model ini tidak hanya terhenti setakat di situ sebaliknya Vans telah berkolaborasi dengan pelbagai jenama seluruh dunia.
Terbaru, Vans sekali lagi memilih Concept sebagai rakan kolaborasi mereka.
MENGANGKAT BUDAYA 70-AN NEW YORK

Hasilnya, model Old Skool ‘Forty Deuce’ tercipta.
Difahamkan, rekaan model ‘Forty Deuce’ ini diinspirasikan daripada budaya penduduk New York terutamanya di kawasan Times Square.
Namun, ia bukanlah diinspirasikan daripada zaman moden sebaliknya diambil pada zaman era 70-an.
Nama ‘Forty Deuce’ itu sendiri merujuk kepada nama jalan di New York iaitu NYC, 42nd Street.
Jika anda melihat rekaan kasut ini, ia menggabungkan elemen kulit pada bahagian depan dan tumit belakang.
Rekaan ini digabungkan dengan tali kasut berwarna hitam 'waxed'.
Model terbaru ini akan dilancarkan pada 13 April di laman web rasmi Concept dengan harga USD 95 ( RM367.65).
SEBAHAGIAN KOLABORASI BERJAYA BERI IMPAK
1. VANS X DISNEY

Ini bukan pertama kali Vans berkolaborasi menghasilkan kasut edisi khas.
Antara yang popular adalah Vans X Disney pada tahun 1980.
Dua jenama ikonik ni bergabung untuk hasilkan kasut yang cukup eksklusif buat pengunjung Taman Tema Disneyland pada awalnya.
Model edisi khas ini kemudian dipasarkan untuk orang ramai pada 2015.
2. VANS X STAR WARS

Selain itu gabungan Vans dan francais filem Star Wars juga berjaya mencuri tumpuan peminat sneakers seluruh dunia.
Model terbabit antara kasut paling mendapat sambutan sepanjang Vans berkolaborasi.
Peminat Star Wars pastinya tidak lepaskan peluang ini
3. VANS X MARC JACOBS

Gabungan dengan Marc Jacobs juga telah mengangkat jenama Vans ke tahap lebih tinggi dalam industri fesyen.
Mensasarkan pengguna kelas atasan, material kasut juga diperbuat daripada bahan yang lebih premium.
4. VANS X PA'DIN MUSA

Jika di Malaysia pula, siapa boleh menidakkan fenomena kasut edisi khas Pa’din Musa yang 'sold out' pada hari pertama dilancarkan.
Kasut terbabit dikatakan habis dijual pada hari pertama pelancaran di kebanyakan kedai di Pulau Pinang hinggalah ke Singapura.
Sebenarnya banyak lagi koleksi menarik daripada Vans ini.
Kami akan kumpulkan dalam artikel selanjutnya! Nantikan!