Aksi kucing yang mencuit hati dan penuh dengan telatah manja sering menjadi tumpuan pencinta haiwan itu untuk dijadikan sebagai peneman di rumah.

Ada di antara penggemar kucing sanggup menghabiskan ribuan ringgit setiap bulan semata-mata mahu memastikan 'anak bulus' mereka sentiasa dalam keadaan sihat dan mendapat penjagaan yang paling optimum.

Tidak seperti dulu, kucing hanya dibiarkan bebas dengan memakan apa saja makanan yang diberikan oleh penjaganya.

Namun, haiwan comel itu kini lebih bersifat sensitif apabila memerlukan makanan yang lebih berkhasiat, selain rutin penjagaan kesihatan seperti suntikan vaksin secara berkala bagi memastikannya tidak dijangkiti penyakit merbahaya.

Bagaimanapun, mungkin ramai yang mengetahui harga seekor kucing ketika ini semakin melambung tinggi berikutan semakin banyak permintaan dan kacukan baka kucing dilakukan.

Malah, tidak mustahil seekor kucing mampu mencecah harga ratusan ribu ringgit dek kerana baka dan coraknya yang tersendiri.

Ini antara 10 kucing yang dijual dengan harga 'tidak masuk akal' dan boleh dikategorikan sebagai kucing mewah.

1. Benggala (Bengal cat)

Jangan terkejut apabila kucing bengal ini mampu mencecah nilai setengah juta ringgit di pasaran.

Kucing baka Benggala adalah haiwan peliharaan eksotik yang seakan-akan harimau dan kucing liar. Malah, ramai yang memelihara kucing baka ini menyatakan sifat kucing ini agak liar dan tidak sama seperti kucing tempatan yang biasa.

Jangan terkejut, ada kucing baka sebegini dijual melebihi setengah juta ringgit!

Faktor ia jarang didapati dan tidak mudah untuk dipelihara menyebabkan ia mengungguli sebagai kucing termahal.

Harga: RM4,000 hingga RM500,000

2. Savannah (Savannah cat)

Kucing ini mempunyai sifat setia yang sering mengikut langkah penjaganya.


Saiznya tidaklah berapa besar tetapi mempunyai bulu, corak dan sifat yang sama seperti kucing Benggala. Malah, ramai yang keliru antara kucing Benggala dan Savannah.

Baka ini berasal dari Afrika dan ia telah dikacukkan oleh pendatang di Afrika sebelum dijinakkan menjadi haiwan peliharaan. Jika sebelum ini sifatnya seperti kucing hutan yang hidup meliar.

Kucing Savannah menjadi kucing mahal di dunia kerana kitaran harga mereka bermula dari ribuan sehingga puluhan ribu ringgit.

Savananah umumnya dibandingkan dengan anjing dalam kesetiaan dan kucing ini akan mengikuti tuannya di sekitar rumah seperti juga anjing. Dia dapat dilatih untuk berjalan di atas tali malah menjadi penyambut tetamu.

Harga: RM5,000 hingga RM50,000

3. Persian

Kucing Persian mempunyai harga yang tinggi tetapi memerlukan rawatan pemeliharaan setiap hari.


Persian adalah kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut pendek. Kucing ini paling popular kerana sangat penyayang dan setia.

Salah satu jenis kucing tertua dan namanya diambil sempena nama tempat asalnya, Persia (Iran). Diakui peminat kucing sejak akhir abad Ke-19 dan diperkenalkan pertama kali di England oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua.

Kucing Persian mempunyai harga yang tinggi tetapi memerlukan rawatan pemeliharaan setiap hari.

Bulunya sangat susah untuk dijaga rapi. Kadangkala tumbuh sehingga 3 inci panjangnya! Persian memerlukan persekitaran yang sempurna untuk merasa aman.

Harga: RM3,000 hingga RM20,000

4. Siamese

Spesis ini sangat mudah berinteraksi dan berbunyi dengan suara serak.


Asal namanya tidak diketahui tetapi diyakini berasal dari Asia Tenggara. Daripada nama, ia mungkin dikatakan kucing Siam.

Kucing ini berkembang membiak daripada baka Siamese moden yang menunjukkan bentuk tubuh rapi, ramping, bergaya, fleksibel dan badan berotot.

Kepalanya berbentuk segi tiga dengan mulut kecil. Mata berbentuk badam dan cembung. Bulu pendek, berkilat, halus, lembut, padat dan sesuai dengan badan.

Siamese dikenali dengan skema warna khas yang tajam. Kucing ini ramping dan cergas dengan telinga yang besar. bulu yang pendek dan terletak berhampiran dengan kulitnya.

Ia sangat mudah berinteraksi, berbunyi dengan suara serak untuk perhatian atau hanya untuk diajak berinteraksi dan cenderung mendapat perhatian ramai atau kuat menangis jika anda mengabaikannya.

Harga: RM2,000 hingga RM10,000

5. Maine Coon

Bulu yang panjang pada kucing Maine Coon ini tidak memerlukan banyak penjagaan rapi seperti Persian.


Kucing panjang, itulah perumpamaan yang diberikan kepada kucing ini. Mempunyai struktur tulang yang besar dengan bentuk badan persegi dan bulu panjang menjalar di badannya.

Pembiakannya dapat dilihat dalam pelbagai warna dan dikenali melalui kecerdikannya. Bagi kucing jantan kebanyakan berat badan antara 5 hingga 8 kilogram manakala berat betinanya pula biasanya antara 4 hingga 6 kilogram.

Sifat kucing ini kuat, lembut dan manja dengan bulu panjang tetapi tidak memerlukan banyak penjagaan rapi seperti Persian.

Harga kucing baka ini semakin meningkat naik dan pernah dicatatkan di Malaysia, kucing baka ini dijual dengan harga puluhan ribu.

Harga: RM4,000 hingga RM10,000

6. Abyssinian

Kucing Abyssinian mempunyai bulu yang luar biasa.

Abyssinian adalah jenis kucing peliharaan dengan bulu yang begitu menarik. Ada banyak cerita tentang asal-usulnya, ramai yang mengatakan ia berasal dari Mesir kuno, tetapi asal-usul yang sebenar tidak pasti.

Spesis ini menjadi salah satu yang paling popular keturunan kucing bulu pendek di Amerika Syarikat. Bulu separa-panjang, padat dan lembut untuk disentuh.

Kucing Abyssinian mempunyai bulu yang luar biasa, cukup untuk menarik perhatian. Abyssinian sangat aktif, sibuk dan lucu dan kucing ini sangat menyayangi tuannya.

Harga: RM2,500 hingga RM5,000

7. Ragdoll

Warna mata biru kucing ini boleh menarik perhatian ramai yang mahu menjaganya.


Baka Ragdoll adalah salah satu jenis kucing peliharaan terbesar dengan bentuk badan tegap, tapak kaki besar dan seimbang.

Kucing ini berkembang biak dengan mata biru dan bulu warna tumpuan yang berbeza. Kucing ini sangat lembut, santai dan penuh kasih sayang.

Ragdoll begitu jinak tetapi ia berbahaya untuk ditinggalkan di rumah sendirian kerana kucing ini tidak dapat mempertahankan diri jika diserang haiwan lain.

Tapi masih ramai yang gemar memeliharanya kerana kemanjaan yang diserlahkan oleh kucing ini.

Harga: RM4,000 hingga RM10,000

8. Exotic Shorthair

Kucing spesis ini jarang mengeluarkan bunyi dan tidak suka ditinggalkan sendirian


Exotic Shorthair atau kucing ekor pendek eksotik ini mempunyai sifat lembut dan tenang seperti Persian. Sifat ingin tahu dan suka bermain, kucing ini mesra terhadap kucing mahupun anjing.

Kucing ini jarang mengeluarkan bunyi. Kucing ini tidak suka ditinggalkan sendirian dan memerlukan kehadiran tuannya.

Dalam kalangan masyarakat Eropah, kucing ini sentiasa menjadi pilihan kerana dapat berkawan dengan anjing peliharaan mereka.

Harga: RM2,000 hingga RM3,000

9. Manx

Manx mempunyai kaki belakang lebih panjang daripada kaki depan yang memudahkannya menangkap mangsa.


The Manx adalah sejenis kucing dengan mutasi semula jadi. Ia dikatakan pemburu unggul dan dikenali untuk menangkap mangsa yang lebih besar malah ketika masih muda.

Kucing ini sering dicari oleh petani yang mempunyai masalah haiwan perosak seperti tikus.

Kaki belakang Manx lebih panjang daripada kaki depan, menciptakan satu henjutan yang berkesinambungan dari bahu ke punggung kucing memberikan penampilan yang kuat.

Telinga kucing ini lebih kecil dari keturunannya dan Manx boleh ada dalam pelbagai warna termasuk Tortoise-shell, Tabby, Calico dan semua warna bulu padat. Kepalanya berbentuk bulat dengan mata lucu dan hidung kecil.

Harga: RM1,500 hingga RM2,000

10. Sphynx

The Sphynx kelihatan seperti kucing berbulu tetapi sebenarnya tidak berbulu.


Kucing tanpa bulu, walaupun kelihatan aneh tapi masih menjadi pilihan penggemar kucing. Malah baka kucing ini sukar didapati, menjadikan ia tergolong kategori kucing mahal.

The Sphynx juga dikenali sebagai kucing Kanada - Mexico adalah jenis kucing yang dikenali kerana mempunyai bulu yang sedikit. Ia kelihatan seperti kucing berbulu tetapi tidak benar-benar berbulu.

Tekstur kulitnya menyerupai kulit Chamois. Ia mempunyai bulu yang sangat pendek dan halus. Disebabkan itu kucing Sphynx suka menghangatkan badannya dengan berdamping dengan haiwan lain atau manusia.

Malah, ia cenderung berpelukan dan tidur dengan tuannya di bawah selimut.

Kurangnya bulu menjadikan kucing ini cukup terasa jika bersentuhan dengan kulit. Kucing ini menampilkan tahap tenaga yang tinggi, kecerdasan, rasa ingin tahu dan kasih sayang untuk tuannya. Ia juga memiliki mata yang luar biasa besarnya.

Harga: RM800 hingga RM4,000