Selepas populariti Bean Boot dan juga Stan Smith, nampak gayanya satu lagi jenama kasut ikonik kembali menjadi kegilaan ramai. Mula dikeluarkan pada 1977, Vans Old Skool membuat ‘comeback’ dengan penuh gaya di era milenium. Gelombang kedua 'Old Skool' ini bukan hanya melanda peminat ‘sneakers’ di luar negara, malah turut mempengaruhi stail dan fesyen anak muda di Malaysia.

SEJARAH VANS
Vans merupakan syarikat dari California yang menghasilkan kasut bagi penggiat sukan ekstrem dan ia ditubuhkan pada tahun 1966. Antara sukan yang sinonim dengan Vans pastinya ‘skateboarding’ atau papan luncur dan atas sebab itu juga, ia lebih dikenali sebagai kasut ‘skater’. Selain kasut, Vans turut mengeluarkan pelbagai pakaian seperti baju T.
Jadi apa menariknya kasut ini? Rekaan luaran kasut Vans secara keseluruhannya sangat ‘low profile’ dengan gaya minimal dan ringkas. Namun, garisan nipis berwarna kontras di sisi tepinya dianggap ‘statement’ bagi penggemar sneaker.
Garisan ini adalah hasil cetusan idea pengasas Vans iaitu Paul Van Doren. Ia terhasil secara rawak dan garisan berkenaan dirujuk sebagai ‘Jazz Stripe’. Sehingga kini rekaan klasik ini menjadi begitu ikonik bagi peminat Vans.

KOLEKSI VANS PALING DRAMATIK
Vans memang sudah lama dikenali tetapi sejak akhir-akhir ini kelibat kasut ini kerap dilihat apabila ramai golongan Gen-Y menyarung model Old Skool. Malah, ‘pakcik’ yang lahir pada zaman kewujudan Vans juga masih menyarung kasut ikonik ini. Selain itu menurut Business Insider, jualan kasut Vans menyaksikan peningkatan sejak tahun lalu berbanding tahun sebelumnya. Untuk makluman anda, tahun lalu juga adalah ulang tahun Vans yang ke-50.
Mungkin reka corak Vans yang minimal menarik perhatian empayar fesyen Marc Jacobs untuk menyuntik elemen dramatik. Malah, gabungan Vans bersama pereka fesyen ini menjadikan jenama kasut ini lebih gah dan eksklusif. Untuk edisi terbaru ini, Marc Jacobs turut bekerjasama dengan dua rakannya dari Amerika Syarikat dan Jepun. Hasilnya, ia menjadi antara koleksi Vans yang paling dramatik.

Secara keseluruhannya, penjualan 'Old Skool' meningkat mendadak sejak dua tahun ini menjadikan ia satu daripada koleksi Vans paling laris. Rekaan Vans yang turut bersifat ‘unisex’ menjadikan ia kegilaan ‘awek’ di luar sana. Peratus pembeli dalam kalangan wanita dilihat turut meningkat. Sneakes kini menjadi satu koleksi penting dalam pemakaian harian dan Vans Old Skool pasinya menjadi satu daripada model yang ikonik.