,
Skop

Mungkin N. Thanabalan Sehebat Lionel Messi?

Ashraf Wahab
29/08/2017
08:02 MYT
Bahang dan kehangatan sukan bola sepak semakin kuat dirasai di seluruh pelusuk tanah air. Persembahan mantap dan pencapaian cemerlang pasukan bawah 23 tahun Kebangsaan pada kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk Malaysia.
Walaupun pertandingan bola sepak pada peringkat Sukan SEA hanya berada pada tahap Asia Tenggara dan melibatkan pemain muda sahaja, ia mampu menjadi platform untuk mencapai kecermerlangan yang lebih besar pada masa hadapan.
Seandainya pemain-pemain muda Kebangsaan inginkan inspirasi, mereka boleh melihat kepada senarai 10 pemain bola sepak dunia dengan koleksi piala terbanyak diraih pada peringkat kelab.
Menariknya, nama-nama besar seperti Pele, Cristiano Ronaldo, dan Xavi Hernandez tiada dalam senarai ini tetapi seorang pemain Asia berjaya memecah monopoli. Mana tahu, pada masa akan datang nama pemain Malaysia seperti N.Thanabalan juga boleh tersenarai dan mungkin mengalahkan 'ranking' Lionel Messi. Apapun, malam ini sekali lagi aksi Thanabalan bersama pemain skuad negara yang lain ditagih untuk menang pingat emas bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Berikut senarai 10 pemain bola sepak dunia dengan koleksi piala terbanyak pada peringkat kelab:
10. WAEL GOMAA
Pemain kelahiran Mesir berusia 42 tahun ini menamatkan kerjayanya pada tahun 2014 .
Nama yang agak asing buat peminat bola sepak dunia, Gomaa sudah berjaya merangkul 29 kejuaraan di peringkat kelab. Pemain kelahiran Mesir berusia 42 tahun ini menamatkan kerjayanya pada tahun 2014 bersama kelab Mesir Al-Ahly. Di kelab inilah Gomaa merangkul kesemua kejuaraannya termasuk enam kemenangan Liga Juara-Juara Afrika dan lapan kemenangan Liga Perdana Mesir. Dia juga pernah bermain bersama kelab Al-Mehlla tetapi tanpa sebarang kejuaraan.
9. GERARD PIQUE
Pasangan kepada penyanyi latin terkemuka Shakira ini berada pada kedudukan yang lebih tinggi berbanding Gomaa.
Meraih 29 kejuaraan adalah pemain yang sering kali menimbulkan kontroversi di laman media sosial Twitter, Gerard Pique. Pasangan kepada penyanyi latin terkemuka Shakira ini berada pada kedudukan yang lebih tinggi berbanding Gomaa kerana kejuaraan yang dimenanginya adalah lebih berprestij. Pemain kelahiran Sepanyol ini telah memenangi 26 piala bersama FC Barcelona dan tiga piala bersama kelab Inggeris Manchester United.
8. ANDRES INIESTA
Pemain berusia 33 tahun ini merupakan antara pemain tengah yang paling berbakat dalam sejarah bola sepak dunia.
Rakan sepasukan Pique di kelab FC Barcelona dan pasukan Kebangsaan Sepanyol, Iniesta juga sudah memenangi 29 kejuaraan di peringkat kelab. Berusia 33 tahun, dia merupakan antara pemain tengah yang paling berbakat dalam sejarah bola sepak dunia. Antara piala yang bejaya dikumpul adalah lapan kejuaraaan La Liga Sepanyol dan empat kemenangan Liga Juara-Juara Eropah. Mungkinkah dia akan menambah koleksi pialanya sebelum bersara nanti? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
7. VITOR BAIA
Pemain ini sudah meraih 30 kejuaraan sepanjang karier bola sepaknya.
Kerjaya bola sepak yang bermula seawal tahun 1988 dan berakhir pada tahun 2007, sudah banyak pengalaman yang dilalui Baia. Penjaga gol berbangsa Portugal ini pernah bermain dengan dua kelab gergasi iaitu FC Porto di negara kelahirannya dan FC Barcelona di Sepanyol. Sebanyak 30 kejuaraan sudah dimenanginya termasuk gelaran liga di kedua buah negara tersebut.
6. LIONEL MESSI
Messi dianggap sebagai antara pemain yang terhebat sepanjang zaman
Siapa yang tidak kenal Messi. Bintang kelahiran Argentina ini bukan sahaja antara pemain terulung pada masa kini tetapi ramai juga mengatakan dia adalah antara yang terhebat sepanjang zaman. Bagaimanapun, agak mengejutkan bahawa penyerang bagi pasukan FC Barcelona ini hanya berada pada kedudukan keenam dengan 30 kejuaraan. Namun, Messi masih sempat menambah koleksi piala yang dimilikkinya kerana dia baru sahaja berusia 30 tahun.
5. ZLATAN IBRAHIMOVIC
Zlatan Ibrahimovic sudah memenangi sejumlah 31 piala bersama dengan tujuh pasukan yang berlainan.
Zlatan, bintang Sweden penuh berkarisma ini baru sahaja menandatangi kontrak baru bersama pasukan Manchester United. Namun, penyerang tinggi lampai yang akan berusia 36 tahun pada Oktober nanti sudah memenangi sejumlah 31 piala bersama dengan tujuh pasukan yang berlainan. Kejayaan merangkul tiga kejuaraan bersama Manchester United pada musim lepas adalah kesinambungan kejayaannya bersama pasukan Ajax Amsterdam, Inter Milan, FC Barcelona, AC Milan, dan Paris Saint-Germain.
4. KENNY DALGLISH
Dalglish pernah menjaringkan 169 gol dan berjaya menggondol 22 piala bersama Liverpool.
Bola sepak di Eropah pada tahun 70-an dan awal 80-an didominasi kelab Inggeris, Liverpool. Kunci kejayaan kelab tersebut adalah kehebatan penyerang mereka iaitu Kenny Dalglish. Mendapat nama jolokan “Raja”, Dalglish telah menjaringkan 169 gol dan berjaya menggondol 22 piala bersama kelab yang berpangkalan di Anfield tersebut. Tidak cukup dengan itu, dia juga telah memenangi sembilan piala bersama kelab Scotland, Glasgow Celtic.
3. DANI ALVES
Alves pernah mengumpul 33 kejuaraan.
Anda mungkin menyedari sesuatu perkara mengenai senarai ini iaitu kebanyakan pemain pernah bersama dengan FC Barcelona. Pemain seterusnya ini, Alves juga pernah bersama kelab tersebut. Pemain bek kanan yang lincah ini bermain dengan kelab Sepanyol tersebut dari tahun 2008 sehingga 2016. Dia juga pernah beraksi dengan kelab Bahia, Sevilla, Juventus dan kini bersama Paris Saint-Germain (PSG). Jumlah kejuaraan yang berjaya dikumpul bintang Brazil ini adalah 33.
2. RYAN GIGGS
Ryan Giggs dikenali sebagai pemain yang cukup setia bersama pasukan Manchester United
Tidak ramai pemain bola sepak moden yang kekal bermain dengan hanya satu kelab sahaja sepanjang karier mereka. Bagaimanapun, lain pula kisahnya buat pemain sayap kiri sensasi Ryan Giggs yang hanya bermain untuk kelab Manchester United sehingga hari persaraannya pada tahun 2014. Bintang kelahiran Wales ini berjaya mengumpul sebanyak 35 piala termasuk 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan dua kemenangan Liga Juara-Juara Eropah.
1. MAXWELL
Maxwell sudah merangkul sejumlah 37 kejuaraan sepanjang kariernya.
Seandainya Giggs merangkul pelbagai piala bermain dengan hanya satu kelab sahaja, lain pula ceritanya dengan pemain bek kiri dari Brazil, Maxwell. Baru sahaja mengumumkan persaraannya pada penghujung musim lepas, dia telah merangkul sejumlah 37 kejuaraan sepanjang kariernya. Dia muncul pemenang ketika bermain bersama kelab Cruzeiro, Ajax Amsterdam, Inter Milan, Barcelona dan PSG. Walaupun tidak dianggap sebagai pemain bertaraf bintang, Maxwell setakat ini adalah pemain yang berjaya menggumpul kejuaraan terbanyak di peringkat kelab.
Related Topics
Must-Watch Video
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.
Viral

Arif Aiman Ziarah Faisal Halim, Peminat Respek  - “Diluar Padang Mestilah Bersahabat”

gempak
28/08/2024
00:28 MYT
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim, baru-baru ini.
Sukan

SINARENA 2024: Perlawanan Epik Sinar & Astro Arena Vs Pemain Legenda Sultan Selangor

gempak
26/08/2024
18:25 MYT
SINAR, dalam kerjasama dengan Astro Arena, telah berjaya menganjurkan acara Pesta Bola SINARENA 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
BorakSeeni