SKOP
Naik Bas Tanpa Pemandu, Anda Berani?
Suatu ketika dulu, ada yang beranggapan industri automotif bakal mempunyai kereta yang boleh terbang menjelang tahun 2020 seperti mana digambarkan dalam filem trilogi, Back to the Future.
Bagaimanapun, ia masih belum direalisasikan tetapi dunia kini semakin teruja untuk menggunakan kenderaan elektrik dan berteknologi hibrid yang disifatkan lebih menjimatkan minyak serta mesra alam.
Begitu juga, kewujudan Tesla, Google, Apple dan Volvo menunjukkan penggunaan kenderaan tanpa pemandu nampak gayanya semakin meluas. Syarikat automotif dilihat semakin giat mengeluarkan teknologi yang lebih cekap dan selamat.
Jika melihat situasi di Malaysia, kewujudan kenderaan ‘super’ canggih ini sebenarnya amat sedikit. Namun, di Jerman ia mungkin akan menjadi kebiasaan tidak lama lagi apabila perkhidmatan bas tanpa pemandu bakal dilancarkan.
KEMUDAHAN DALAM BANDAR
Difahamkan, sebuah syarikat kereta api milik Jerman, Deutsche Bahn akan menggunakan perkhidmatan bas terbabit untuk membawa penumpang mengelilingi sekitar bandar terbabit.
Menurut laporan Berita Harian, bas itu sudah menjalani ujian berbukit yang terletak di Bavaria serta beberapa lokasi berhampiran sempadan Czech dan Austria.
Bas tanpa pemandu itu berupaya membawa 12 penumpang dan perkhidmatannya adalah percuma dari pusat bandar ke stesen kereta api.
Kenderaan elektrik terbabit membawa penumpang pertama di Bad Birnach baru-baru ini bermula di kawasan pusat dan stesen keretapi. Bas ini dibangunkan oleh syarikat EasyMile di Perancis.
Ia dilengkapi sensor yang boleh mengesan halangan dan mengaktifkan brek. Kenderaan ini juga bergerak dengan kelajuan terhad kepada 15 kilometer sejam di jalan raya dengan had kelajuan 30 kilomter sejam.
Di sebalik keterujaan Jerman menggunakan kenderaan tersebut apa yang menjadi persoalan sama ada orang ramai berani untuk menaikinya?
Jika percubaan Jerman menggunakan bas tanpa pemandu ini berjaya tanpa sebarang kecuaian atau kemalangan, ia mungkin menjadi ikutan pada negara lain untuk menggunakan konsep yang sama. Mungkin Malaysia juga boleh memperkenalkan kenderaan canggih seperti ini suatu hari nanti.

.jpg)