Letih menunggu pesanan yang terlalu lama atau stress nak redah kesesakkan lalu lintas untuk menikmati sepotong piza yang lazat berkeju bersama keluarga atau rakan-rakan?

Kini dengan adanya kedai konsep digital dan aplikasi mudah alih yang baharu dilancarkan oleh Pizza Hut hari ini, anda tidak perlu lagi beratur panjang atau menunggu terlalu lama sehingga hidangan anda sampai ke meja makan.

Restoran konsep digital diperkenalkan di cawangan Sunway Pyramid ini memberikan pelanggan pengalaman digital yang baru dari saat melangkah masuk ke restoran, membuat pesanan dan menikmati hidangan sehinggalah saat anda melangkah keluar.

Dari panel digital pesanan dan pengurusan barisan yang terletak di luar restoran, hinggalah robot penyambut tetamu di dalam, restoran ini telah direka khas berfungsi secara digital sepenuhnya. Best kan!


PESANAN LEBIH TEPAT

Di restoran ini juga, kesemua pekerja dilengkapi dengan tablet untuk mengambil pesanan dengan lebih efisien dan tepat. Jadi, tiada istilah salah order atau kes order lain dapat lain. Mudah saja, anda hanya perlu klik papan menu digital untuk membuat pesanan anda sendiri.

Yang menariknya, restoran baru ini juga adalah cawangan pertama Pizza Hut di Asia Pasifik yang menampilkan sistem Kios Bawa Pulang Digital. Kios ini membolehkan pelanggan membuat pesanan dan bayar dengan lebih pantas menjadikan proses ini lebih cekap dan mengurangkan masa menunggu.

Pelanggan juga dapat menggunakan menu 'Augmented Reality' dengan keupayaan untuk berinteraksi dengan pelanggan sambil memaparkan makanan dengan animasi-animasi yang membangkitkan selera. Pengalaman digital ini berterusan selepas pesanan telah dibuat, dengan penyediaan permainan digital yang menarik untuk memastikan pelanggan terhibur sambil menunggu piza mereka.

Berucap ketika majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd, Merrill Pereyra, berkata: “"Dalam perancangan untuk menerapkan teknologi digital ke dalam restoran konsep digital ini, kami mendekatinya dari sudut pandangan pelanggan.

“Bagaimanakah kita dapat membuat keseluruhan pengalaman pelanggan lebih senang? Sebab itulah kami telah membawa penyelesaian seperti Kios Bawa Pulang Digital - kerana pelanggan memberitahu kami bahawa mereka ingin memesan dan membuat pembayaran dengan lebih pantas, supaya mereka dapat lebih cepat menikmati piza mereka.”

Merrill Pereyra (tengah) bersama Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler dan Ketua Pizza Hut Malaysia, Eric Leong melancarkan restoran Pizza Hut digital pertama dan aplikasi telefon pintar.

KEMUDAHAN DI HUJUNG JARI

Selepas berjaya meningkatkan trafik laman web sehingga 107 peratus menerusi pembaharuan laman sesawang mereka pada awal Mei lalu dilengkap dengan ciri-ciri pesanan, navigasi dan penjejakan yang lebih mudah, Pizza Hut kini memperkenalkan aplikasi mudah alihnya dalam usaha melonjakkan urus niaga jualan dalam taliannya.

Aplikasi ini akan menjadikan proses pesanan piza satu pengalaman yang lebih mudah dan bermanfaat. Aplikasi ini mengingati pesanan dan pilihan pelanggan yang terakhir - termasuk alamat penghantaran sebelumnya, supaya pelanggan tidak perlu memasukkan data berulang kali.

Dengan data GPS dan data lokasi yang terbina di dalam kebanyakan telefon mudah alih hari ini, aplikasi ini dapat mengesan lokasi pelanggan dan menjadikan proses menempah dengan hanya satu klik sahaja.

Pemantauan status penghantaran juga memudahkan pelanggan menjangkakan bila penghantaran piza mereka akan tiba.

Di samping membuat proses memesan lebih mudah, aplikasi Pizza Hut ini juga memberi ganjaran dengan setiap pesanan yang dibuat oleh pelanggan. Dengan setiap pesanan, pelanggan akan diberikan mata piza yang boleh ditebus untuk ganjaran seperti hidangan sampingan percuma, minuman ataupun piza percuma.

Sejak diperkenalkan pada awal September, aplikasi mudah alih ini dimuat turun sebanyak 37,432 kali.


PERCUMA PIZA?

Pizza Hut akan memberikan 35,000 piza percuma melalui promosi terbaru mereka, 'You Download, We Belanja'. Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih Pizza Hut, dan buat pesanan untuk satu piza saiz biasa dan mereka akan mendapat satu lagi piza saiz biasa secara percuma!

Untuk maklumat lanjut mengenai Pizza Hut Malaysia dan promosi terkini, layari laman sesawang mereka, www.pizzahut.com.my dan www.facebook.com/pizzahutmalaysia/.