Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Nak Melancong Ke Malaysia Boleh Tapi Kena Bayar Cukai Pelancongan

Sufiah Akmal
08/06/2017 06:00 MYT

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berpandangan kedudukan Malaysia dalam kalangan 25 negara paling berdaya saing di dunia boleh terjejas dengan penguatkuasaan cukai pelancongan bermulai 1 Ogos ini.

Pengarah Kajiannya, Ali Salman berpendapat penguatkuasaan cukai pelancongan bermula RM2.50 ke atas setiap bilik bagi setiap malam itu bakal mengurangkan daya saing Malaysia dalam tempoh jangka masa panjang. Cukai tersebut diperkenalkan Malaysia pada waktu tidak sesuai kerana industri pelancongan negara sedang meningkat manakala inflasi berada pada paras tinggi.

"Cukai pelancongan akan menyebabkan kenaikan kos kepada pelancong. Pengalaman negara Tanzania menunjukkan betapa pelancong sangat sensitif terhadap perubahan harga," katanya.

Ambil iktibar nasib Tanzania

Pada Julai tahun lalu, media luar negara melaporkan industri safari Tanzania merundum selepas kerajaan Afrika memperkenalkan cukai 18 peratus ke atas perkhidmatan pelancongan. Pengenalan cukai tersebut menyebabkan pelbagai kos melibatkan elemen percutian daripada taman negara kepada penginapan di Tanzania meningkat dengan mendadak.

Media tempatan pula melaporkan Malaysia akan menguatkuasakan cukai pelancongan dari 1 Ogos pada tahun ini dengan memetik kenyataan yang diterbitkan di laman sesawang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kadar cukai itu adalah:

Bagaimanapun, bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay, premis yang menyediakan penginapan dengan kurang daripada 10 bilik dan bilik disenggarakan oleh institusi agama, kerajaan serta badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial dikecualikan cukai itu.

Malaysia berada pada kedudukan ke-24 dalam Laporan Tahunan Daya Saing Dunia (WCY) 2017 yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pengurusan Pembangunan (IMD) pada 1 Jun lalu.

"Mengurangkan birokrasi akan mengurangkan kos pematuhan, meningkatkan kecekapan dan membantu industri pelancongan kita menjadi lebih kompetitif. Jika sasaran Kementerian Pelancongan tahun ini untuk meningkatkan kedatangan pelancong dari 26.8 juta kepada 31.8 juta, maka kerajaan tidak perlu memperkenalkan cukai itu buat masa ini," katanya.

#Pelancongan #Pelancongan