,
Skop

Orang Malaysia Kena Kanser, Sakit Jiwa Bukan Sebab Kerja!

Sufiah Akmal
16/10/2017
07:44 MYT
Beban dan tanggungjawab besar dalam pekerjaan kadangkala membuatkan kita terlupa untuk menguruskan hal diri sendiri. Begitu juga, kerana terlalu mengejar kerjaya dalam dunia yang penuh dengan kehendak, kita semakin alpa terhadap perkara yang lebih penting iaitu menjaga kesihatan diri.
Jika kita berterusan mengorbankan kesihatan untuk pekerjaan, apakah pulangan sebenar kepada diri dan keluarga pada akhirnya?
Kesihatan terjejas dan merosot, hubungan dengan keluarga pula berpotensi renggang sehinggakan kata orang, banyak duit pun tiada gunanya. Namun, tahukah anda apakah jenis pekerjaaan yang menyumbang kepada tahap kesihatan yang merosot dan berbahaya kepada kita semua?
7,820 KES PENYAKIT DISEBABKAN PEKERJAAN
Mengikut statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 7,820 kes penyakit dan keracunan pekerjaan dilaporkan ke Bahagian Kesihatan Pekerjaan pada tahun lalu berbanding 5,960 kes pada tahun 2015.
Pulau Pinang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,656 kes (34.0 peratus), Selangor 1,125 kes (14.3 peratus) dan Sabah 854 kes (10.9 peratus. Sebanyak 3,860 kes itu disahkan sebagai penyakit dan keracunan pekerjaan.
Sebanyak 2,876 daripada kes penyakit pekerjaan itu disahkan sebagai gangguan pendengaran akibat bunyi bising (kehilangan pendengaran akibat bunyi bising, kecacatan pendengaran dan anjakan ambang standard kekal).
Gangguan pendengaran masih merupakan penyakit pekerjaan yang sering dialami pekerja iaitu sebanyak 74.5 peratus berbanding dengan penyakit-penyakit lain.
Ini diikuti oleh penyakit 'musculoskeletal' melibatkan kecederaan pada otot, leher dan belakang badan iaitu sebanyak 173 kes (4.5 peratus) dan penyakit paru-paru sebanyak 98 kes (2.5 peratus).
Bagaimanapun, tiada kes kanser akibat pekerjaan atau masalah psiko-sosial (emosi dan tingkahlaku) yang disahkan pada tahun 2016.
KES PENYAKIT MENGIKUT SEKTOR PEKERJAAN
Analisis penyakit dan keracunan mengikut sektor pekerjaan pada tahun lalu mendedahkan bahawa sektor pembuatan mencatatkan sebahagian besar kes penyakit dan keracunan pekerjaan seperti berikut:
  • Sektor pembuatan sebanyak 3,298 kes (85.4 peratus)
  • Sektor kemudahan sebanyak 227 kes (5.8 peratus)
  • Sektor awam sebanyak 158 kes (4.1 peratus)
Berdasarkan statistik itu, sebanyak 0.4 peratus daripada kes tersebut membabitkan pekerja berusia bawah 20 tahun, usia antara 20 sehingga 29 tahun (19.7 peratus) dan 30 sehingga 39 tahun (29.6 peratus).
Pekerja berusia antara 40 hingga 49 tahun (26.3 peratus), usia antara 50 sehingga 29 tahun (21.6 peratus), usia 60 hingga 69 tahun (2.3 peratus) dan usia lebih 70 tahun (0.2 peratus)
Analisis penyakit dan keracunan mengikut sektor pekerjaan mendedahkan bahawa sektor perkilangan mencatatkan sebahagian besar kes penyakit dan keracunan pekerjaan pada tahun 2016.
LIMA JENIS BAHAYA DI TEMPAT KERJA
Mungkin tidak ramai pekerja sedar mengenai sesuatu perkara atau keadaan sekeliling yang boleh menjadi bahaya sehingga menjejaskan kesihatan. Terdapat lima jenis bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang di tempat kerja:
  • Kimia contohnya bahan alkali, bahan asid, bahan pelarut organik, wap dan gas beracun
  • Fizikal seperti kebisingan, getaran, radiasi, suhu panas, suhu sejuk,aliran elektrik dan tekanan berlebihan
  • Biologi iaitu bakteria, virus, serangga, hama dan gigitan nyamuk
  • Ergonomik merujuk tugas berat menggunakan tangan, keadaan badan yang kekok atau tugas yang memerlukan pergerakan berulang-ulang secara kerap
  • Psikososial cenderung kepada tekanan kerja, beban kerja berlebihan, tiada sokongan rakan kerja, tiada kepelbagaian kerja dan kerja pada waktu malam.
Antara impak negatif terhadap peningkatan insiden penyakit akibat pekerjaan seperti yang dilaporkan statistik tersebut antaranya:
  • Pekerja hilang pendapatan dan terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan
  • Majikan kehilangan pekerja yang produktif
  • Peningkatan pembayaran pampasan penyakit kepada pekerja oleh majikan
  • Penurunan produktiviti syarikat dan juga ekonomi negara.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Amir Jahari Anggap Media Sosial Punca Banyak Kes Masalah Kesihatan Mental Libatkan Orang Muda - “Jika Rasa Pelik Dengan Diri Sendiri, Tolong Cari Bantuan”

gempak
22/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental sehingga berdepan tekanan perasaan.
Berita

Mpox Bukan Covid-19 Baharu - WHO

gempak
21/08/2024
12:55 MYT
Penularan mpox atau cacar monyet yang semakin membimbangkan bukanlah satu lagi Covid-19.
Berita

Apakah Mpox Dan Bagaimana Untuk Melindungi Diri?

gempak
20/08/2024
13:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa buat kali kedua pada 14 Ogos lalu.
Berita

Mpox Kecemasan Kesihatan Global, Ini 6 Langkah Segera KKM

gempak
18/08/2024
11:55 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.