Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Orang Malaysia Kena Kanser, Sakit Jiwa Bukan Sebab Kerja!

Sufiah Akmal
16/10/2017 07:44 MYT
Beban dan tanggungjawab besar dalam pekerjaan kadangkala membuatkan kita terlupa untuk menguruskan hal diri sendiri. Begitu juga, kerana terlalu mengejar kerjaya dalam dunia yang penuh dengan kehendak, kita semakin alpa terhadap perkara yang lebih penting iaitu menjaga kesihatan diri. 

Jika kita berterusan mengorbankan kesihatan untuk pekerjaan, apakah pulangan sebenar kepada diri dan keluarga pada akhirnya? 

Kesihatan terjejas dan merosot, hubungan dengan keluarga pula berpotensi renggang sehinggakan kata orang, banyak duit pun tiada gunanya. Namun, tahukah anda apakah jenis pekerjaaan yang menyumbang kepada tahap kesihatan yang merosot dan berbahaya kepada kita semua?


7,820 KES PENYAKIT DISEBABKAN PEKERJAAN 

Mengikut statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 7,820 kes penyakit dan keracunan pekerjaan dilaporkan ke Bahagian Kesihatan Pekerjaan pada tahun lalu berbanding 5,960 kes pada tahun 2015. 

Pulau Pinang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,656 kes (34.0 peratus), Selangor 1,125 kes (14.3 peratus) dan Sabah 854 kes (10.9 peratus. Sebanyak 3,860 kes itu disahkan sebagai penyakit dan keracunan pekerjaan. 

Sebanyak 2,876 daripada kes penyakit pekerjaan itu disahkan sebagai gangguan pendengaran akibat bunyi bising (kehilangan pendengaran akibat bunyi bising, kecacatan pendengaran dan anjakan ambang standard kekal). 

Gangguan pendengaran masih merupakan penyakit pekerjaan yang sering dialami pekerja iaitu sebanyak 74.5 peratus berbanding dengan penyakit-penyakit lain. 

Ini diikuti oleh penyakit 'musculoskeletal' melibatkan kecederaan pada otot, leher dan belakang badan iaitu sebanyak 173 kes (4.5 peratus) dan penyakit paru-paru sebanyak 98 kes (2.5 peratus). 

Bagaimanapun, tiada kes kanser akibat pekerjaan atau masalah psiko-sosial (emosi dan tingkahlaku) yang disahkan pada tahun 2016.


KES PENYAKIT MENGIKUT SEKTOR PEKERJAAN 

Analisis penyakit dan keracunan mengikut sektor pekerjaan pada tahun lalu mendedahkan bahawa sektor pembuatan mencatatkan sebahagian besar kes penyakit dan keracunan pekerjaan seperti berikut: 
Berdasarkan statistik itu, sebanyak 0.4 peratus daripada kes tersebut membabitkan pekerja berusia bawah 20 tahun, usia antara 20 sehingga 29 tahun (19.7 peratus) dan 30 sehingga 39 tahun (29.6 peratus). 

Pekerja berusia antara 40 hingga 49 tahun (26.3 peratus), usia antara 50 sehingga 29 tahun (21.6 peratus), usia 60 hingga 69 tahun (2.3 peratus) dan usia lebih 70 tahun (0.2 peratus) 

Analisis penyakit dan keracunan mengikut sektor pekerjaan mendedahkan bahawa sektor perkilangan mencatatkan sebahagian besar kes penyakit dan keracunan pekerjaan pada tahun 2016. 


LIMA JENIS BAHAYA DI TEMPAT KERJA

Mungkin tidak ramai pekerja sedar mengenai sesuatu perkara atau keadaan sekeliling yang boleh menjadi bahaya sehingga menjejaskan kesihatan. Terdapat lima jenis bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang di tempat kerja: 
Antara impak negatif terhadap peningkatan insiden penyakit akibat pekerjaan seperti yang dilaporkan statistik tersebut antaranya:
#Kesihatan #Kesihatan