Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
SKOP

'Pak Belang' Bukan Saja Hebat Memburu Tapi Mahir Berenang, Lagi Pantas Daripada Usain Bolt!

Ashraf Wahab 26/07/2017 | 05:35 MYT
Pasti ramai antara kita sedar mengenai kewujudan pelbagai hari istimewa yang menghargai sesuatu perayaan, kempen mahupun kesedaran awam. Ada di antaranya merupakan sesuatu yang amat penting, berguna buat masyarakat dan ada juga sekadar hiburan.
Sebagai contoh, kita mengambil tarikh 29 Julai yang akan tiba pada Sabtu ini. Tahukah anda terdapat sekurang-kurangnya lima hari istimewa yang akan berlangsung pada tarikh tersebut antaranya ‘Hari Kepak Ayam Sedunia’, ‘Hari Lipstik’, ‘Hari Hujan’ dan ‘Hari Lasagna’.
Namun, Rojak Daily Skop! memberi tumpuan pada suatu lagi hari istimewa pada tarikh sama iaitu ‘Hari Harimau Sedunia 2017’ yang merupakan suatu perkara penting dan perlu diketahui segenap lapisan masyarakat tidak kira rakyat tempatan mahupun antarabangsa. Meskipun, tanggapan masyarakat terhadap harimau adalah haiwan berbahaya tetapi ia perlu dipelihara agar generasi akan datang berpeluang melihat dan mengenali haiwan hebat ini.
Berikut 25 fakta menarik 'Hari Harimau Sedunia' termasuk kehebatan haiwan yang digelar 'Pak Belang':
Harimau turut dijadikan nama pasukan bola sepak Kebangsaan iaitu 'Harimau Malaya'.
Harimau bijak memburu mangsanya dengan menyerupai bunyi haiwan lain.
Harimau kecil ini akan berada di dalam keadaan buta penglihatan selama seminggu.
Ada yang mengatakan wujud harimau berwarna biru dikenali sebagai harimau Maltese.
#Hari Harimau Sedunia