Skip to main content

Market Trends

Penjaring Gol Tercantik Dunia, Faiz Subri Sasar Lagi 6 Gol

faizsubriperfume.jpg

Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 yang juga pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri terus bertekad untuk membawa pasukan Pulau Pinang kekal dalam saingan Liga Super pada tahun hadapan. Walaupun saingan Liga Super 2017 sudah masuk pusingan kedua, kedudukan Pulau Pinang kini masih lagi baik biarpun menduduki tangga terbawah liga dengan hanya memperoleh lima mata.

Biarpun pasukan Pulau Mutiara itu sekadar menang sekali, seri dua kali dan tewas sebanyak sembilan kali, anak kelahiran Air Itam, Kedah ini tetap mempunyai wawasan dan sasaran tersendiri dalam karier bola sepak sebagai seorang pemain profesional.

Advertisement

Mohd Faiz, 30, ketika ditemui berkata, semangat yang tersemat di dalam dirinya tidak pernah luntur meskipun sedikit malah lebih bersemangat untuk terus mengharungi saingan Liga Super biarpun sekadar menjaringkan satu gol sahaja ketika bertemu Kedah, Februari lalu.

"Saya terus berusaha menjaringkan lagi gol dan sasar sekurang-kurangnya enam gol lagi pada tahun ini," katanya selepas pelantikan sebagai Duta Produk Minyak Wangi Jenama ASPADA keluaran AEI International Berhad di Kompleks Bukit Jambul, Georgetown Pulau Pinang, semalam. Hadir sama, Pengarah AEI International Berhad, Datuk Joseph Kow.

Produk ASPADA merupakan wangian jenama tempatan yang dikhaskan untuk lelaki dan wanita yang menampilkan lima wangian menarik iaitu 'Beautiful, Baby, Woman' untuk wanita manakala 'Brave' dan 'Endless' untuk lelaki.

Mohd Faiz menambah dia cukup teruja apabila dilantik menjadi duta ASPADA dan lebih menarik produk wangian ini adalah dari Pulau Pinang.

"Selain memiliki pensijilan halal yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan produk ini boleh digunakan ketika solat tanpa perlu rasa ragu-ragu," katanya sambil menyatakan maklumat lanjut produk tersebut boleh didapati dengan menghubungi talian 04-6386793 (Pulau Pinang), 012-3342967 (Kuala Lumpur) atau layari laman sesawang, www.aei.com.my

Must-Watch Video