Kira-kira 3 tahun lalu, Pops Malaya pernah viral kerana menampilkan aiskrim yang diperbuat daripada 100 peratus buahan segar.

Istimewanya, aiskrim keluaran Pops Malaya mempunyai ketahanan selama enam bulan kerana ia diperbuat daripada gabungan buah-buahan sebenar, herba segar, rempah-ratus dan gula tebu organik tanpa mengandungi sebarang pengawet, bahan kimia serta pewarna tiruan.

Antara perisa yang diketengahkan adalah Honeydew Vanilla, Dragonfruit Orange, Young Coconut, Orange Dried Apricot, Chewy Chocolate, Mango Pistachio, Watermelon Lychee dan Milky Lime.

Jika diperhatikan, kebanyakan aiskrim yang terdapat di pasaran dihasilkan daripada bahan perisa dan rasa yang terhasil juga kurang menarik. Dalam kata lain, tidak menepati selera tekak kita.

Jadi, kita seharusnya berbangga dengan produk-produk terbaik yang dikeluarkan oleh syarikat Malaysia.

Perisa Dragonfruit Berry antara kelainan aiskrim Pops Malaya.

WAJAH BARU

Kini, Pops Malaya mengorak langkah dengan memperkenalkan lima perisa tambahan iaitu Strawberry Melon, Hazelnut Chocolate, Dragonfruit Berry, Pineapple Passionfruit serta Mango Peach.

Mereka turut tampil dengan wajah baru di mana bentuk aiskrim perisa baru didatangkan dalam bentuk bulat berbanding bentuk petak pada keluaran aiskrim perisa lama.

Tak tipu, kesemua perisa baru juga sedap belaka. Gabungan dua buahan mahupun perisa berbeza dalam setiap perisa membuatkan setiap gigitan aiskrim itu seakan 'pop' di dalam mulut anda.

Penggemar aiskrim boleh cuba perisa coklat dan nenas.

Bagi yang menggemari aiskrim dengan rasa buah sebenar, pasti Pops Malaya menjadi pilihan utama bukan? Apatah lagi ia menawarkan rasa asli buahan segar.

Kebiasaannya, perisa begini hanya digemari oleh golongan dewasa saja. Namun, tidak bagi variasi aiskrim Pops Malaya. Ia turut menjadi pilihan kanak-kanak.


MANA NAK CARI?

Mesti ramai yang terliur melihat aiskrim Pops Malaya perisa Milky Lime.

Jangan risau. Jika dulu aiskrim ini hanya boleh didapatkan di butik-butik atau kedai terpilih, kini mereka memperluaskan pasaran bagi memudahkan capaian anda. Ia boleh didapatkan di 30 kedai Mesra Petronas di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Setiap 'family pack' yang dimuatkan dengan 6 batang aiskrim dijual pada harga RM19.90 manakala bagi yang ingin merasai dahulu keenakan aiskrim ini, anda boleh beli dalam bentuk batang pada nilai RM4.90 je.

Rasanya kalau dah teringin atau sudah jatuh cinta selepas merasai aiskrim ini, harga bukan lagi persoalan. Janji puas dapat makan.