Mungkin ada yang tahu atau mungkin ada juga yang belum tahu sebenarnya Bukit Bintang terletak dalam lingkungan Segi Tiga Emas di Kuala Lumpur.

Kawasan ini meliputi tiga laluan jalan raya iaitu Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail.

Antara sebab yang ia digelar sedemikian adalah lokasi strategik kawasan ini yang menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar negara. Atas faktor lokasi ini juga menarik perhatian banyak syarikat gergasi di Malaysia berlumba-lumba untuk menempatkan stor jualan mereka.

Kesemua produk dalam ekosistem Galaxy dipamerkan di gedung premium baru di Pavilion.

Terbaru, Samsung Malaysia Electronic (SME) membuka cawangan terbaru mereka menerusi gedung premium di Pavilion, Kuala Lumpur.

Gedung premium ini dibuka untuk memberi pengalaman terbaik kepada pengguna bagi merasai keseluruhan ekosistem siri 'Galaxy' daripada Samsung.

Gedung berkeluasan 4,241 kaki persegi ini menawarkan rangkaian penuh telefon pintar Samsung termasuk telefon pintar, tablet, 'wearables' dan aksesori yang membentuk ekosistem siri Galaxy. Selain itu, ia turut memfoksukan perkhidmatan selepas jualan bagi memudahkan pengguna mereka.

RASAI PENGALAMAN VR BERSAMA EFEK 4D

Seorang daripada pengunjung yang mencuba permainan realiti maya (VR)
Menurut Presiden SME, Yoonsoo Kim, selain menawarkan produk dan khidmat selepas jualan, gedung ini juga membolehkan pengunjung menikmati ekosistem Galaxy melalui pelbagai zon pengalaman seperti stesen Realiti Maya (VR) dengan penghasilan efek 4D.

Paling menarik, gedung ini juga mempunya kafe untuk pelanggan menikmati minuman ketika berkunjung ke premis mereka.

Tambahnya, sebagai menyambut pembukaan rasmi ini, pelanggan yang membeli telefon pintar Galaxy Note 8, FE, S8, S8 + dan A8+ di kedai akan berhak mendapat hadiah bernilai berjumlah RM347.

Tawaran berkenaan hanya dibuka sehingga 18 Februari ini.

Gedung premium ini menjanjikan lebih banyak pilihan.