Kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) saban tahun semakin berkembang dan kini ia tidak hanya dikenali menerusi telefon pintar semata-mata.

Menariknya, kebanyakan syarikat gergasi kini berlumba-lumba untuk menambat hati pengguna menerusi teknologi AI dalam perkakas rumah.

Bermula dengan pembesar suara pintar, penggunaan teknologi AI diperkembangkan secara meluas meliputi hampir semua perkakas.

Lampu contohnya, anda hanya perlu mengarahkan sistem AI untuk menyalakan lampu atau menukar kepada warna pilihan.

Namun, fungsi terbabit hanyalah sebahagian daripada kegunaan harian AI.

RUMAH PERTAMA GOOGLE AI

Selamat datang ke rumah Google!
Bagi menunjukkan keupayaan sebenar AI, Google Inc baru-baru ini telah pun mempamerkan hampir kesemua fungsi berkenaan menerusi Rumah Google!

Buat julung kalinya Google menaik taraf sebuah rumah di pusat Bandar Austin dengan menjana segala kelengkapan rumah menerusi pembantu maya mereka iaitu Google Assistant.

Jika anda memasuki rumah ini, anda akan ‘dihidangkan’ dengan pelbagai teknologi AI yang bakal memudahkan kerja harian anda.

Menyalakan lampu, membuka tirai, peralatan, kotak semuanya dijana oleh pembantu maya Google.

Google cuba membuktikan yang mereka bukan sekadar membina perisian seperti Gmail, Google Search, YouTube, tetapi lebih daripada itu.

Malah, kempen ‘Make Google Do It’ turut terpampang di hadapan rumah berkenaan.

PENGUNAAN ROBOT UNTUK KERJA HARIAN

Sebahagain dekorasi futuristik di dalam rumah ini.Rumah berkenaan mempunyai 12 buah bilik yang diaktifkan oleh Google.

Di dalamnya pengunjung boleh mencuba pelbagai fungsi AI diterapkan seperti menonton YouTube dan Netflix dengan arahan suara, mengarahkan robot untuk melakukan kerja rumah dan sebagainya.

Malah, dekorasi di dalamnya juga bakal membuatkan anda terpegun.

Google dilihat memberi sepenuhnya komitmen terhadap pembangunan AI ini selepas mendapat persaingan hebat daripada Amazon!

Untuk anda yang mahu berjinak menggunakan teknologi AI ini, kami sarankan untuk anda membeli Google Home Mini yang kini boleh didapati dengan harga tidak kurang daripada RM300.