Skop

Proton Wira Model Paling Laris? Anda Mungkin Tidak Percaya Mengapa

Hanafis Haris
03/04/2018
04:36 MYT
Sponsor Banner
Proton Wira Model Paling Laris? Anda Mungkin Tidak Percaya Mengapa
Kenderaan jenis Proton Wira boleh dikatakan agak ‘old school’ dalam arena automobil.
Sejak kehadiran Perodua Myvi, Proton Gen 2, Pesona, model Wira nampaknya gayanya semakin ditelan zaman.
Namun di sebalik kejatuhan ini, terdapat satu fakta menarik yang didedahkan mengenai kenderaan Proton Wira ini.
PALING LARIS DALAM KALANGAN...PENCURI
Komponen Wira yang menjadi buruan penjenayah. Menurut statistik dikeluarkan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), model Wira menduduki carta nombor satu dalam senarai kereta paling banyak dicuri.
Ini bermakna permintaan terhadap model ini masih tinggi.
Berdasarkan maklumat didedahkan, sebanyak 654 kereta dilaporkan telah dicuri pada tahun lalu. Ia sekali gus menjadikan ia model kereta paling ‘panas’ dalam kalangan pencuri.
Ketua Pegawai Eksekutif PIAM Mark Lim berkata, Proton Wira menjadi tumpuan berikutan barang gantian yang terdapat pada kereta itu.
“Alat gantian model ini telah dihentikan, sekali gus menjadikan kebanyakan alat ini sukar diperoleh di pasaran. Disebabkan itu model ini menjadi tumpuan pelbagai pihak,” katanya kepada Mstar.
Difahamkan, antara alat gantian yang sukar ditemui di pasaran termasuklah panel kawalan, kusyen, speedometer, stereng dan lain-lain.
Selain beberapa barang gantian kecil di dalam kereta itu juga antara yang sukar diperoleh.
HAMPIR 1 JUTA UNIT TERJUAL SEJAK 1993
Biarpun dimamah usia, namun permintaan terhadap model ini masih tinggi. Untuk makluman, Proton Wira dihasilkan pada awal 1993 sehingga 2009.
Kenderaan ini turut dipanggil sebagai Proton Pesona dan Natura.
Sepanjang pengeluaran model itu sebanyak 952,216 unit telah dijual dan dianggarkan sekurang-kurangnya 85 peratus model tersebut masih berada di atas jalan raya.
Model paling laku pula semestinya Proton Saga dengan jualan mencecah 1.1 juta unit.
Pada anda yang masih mempunyai model Wira ini sentiasalah berwaspada kerana kenderaan anda antara yang terhangat di pasaran!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024