Kurang dari sebulan, seluruh rakyat Malaysia akan menunaikan ibadah puasa.

Selain sibuk memikirkan juadah berbuka, perkara perlu diberi perhatian juga adalah mencari pakaian lebaran! Ye lah, raya kan setahun sekali.

Jika diimbas tahun-tahun sebelumnya, kita dapat lihat kemunculan beberapa trend pakaian serta lambakan jenama tempatan, seiring dengan kehendak pengguna.

Sama ada ia akan menjadi ‘hit’ seperti baju raya kurta ataupun sebaliknya, bergantung kepada citarasa pengguna.

Namun beberapa minggu lalu, satu jenama daripada pereka tempatan telah tular dan gaya ditampilkan itu mungkin berpeluang untuk menjadi ikutan para gadis 'hijabista' tahun ini.

POCONG MALAYSIA KINI TULAR KE INDONESIA

Raya 2017 vs Raya 2018
Nama tudung ini agak seram sedikit iaitu Bawal Pocong! Ya pocong merujuk kepada hantu pocong!

Gelaran ini diberi bukan hanya berdasarkan teknik solekan semata-mata, malah turut tertumpu pada ikatan tudung bahagian atas yang kelihatan sama seperti pocong.

Beberapa gambar digayakan model jenama ini juga telah tular selepas hangat diperkatakan netizen di media sosial.

Bukan hanya di Malaysia malah ‘pocong’ ini turut dikesan berkeliaran di Indonesia.

@faktanyagoogle

A post shared by AZZIM AZIZ (@azzim_aziz) on


Difahamkan, pereka tudung iaitu Azzim Aziz pada awalnya tidak merancang untuk memberi nama Bawal Pocong.

“Namun disebabkan ikatan dan solekan itu kelihatan seperti pocong, maka tercetuslah gelaran Bawal Pocong,” katanya kepada Malay Mail.

Untuk makluman anda, sehelai tudung ini dijual pada harga RM40 dengan tujuh variasi warna.

BAWAL POCONG 'SOLD OUT'

(BAWAL POCONG BY AZZIM AZIZ) Hye ualsss koleksi bawal 2k18 by Azzim Aziz dh Kluaq ualsss .... BAWAL POCONG BY AZZIM AZIZ koleksi Raya 2018 ... Mana Tau kan Nk ubah style tahun ni dengan bawal pocong by AA ... Berminat boleh pm whtssp kami 0195192920 .. #BawalPOCONGxclusiveByAzzimAziz #BawalPocong #KoleksiRaya #AzzimAziz JOM SHARE & TAG KAWAN2 HAMPA!! Kami Nak BAGI 10 HELAI BAWAL PERCUMA ..

A post shared by AZZIM AZIZ (@azzim_aziz) on



Terpulang kepada anda, jika mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain atau memerlukan sedikit keunikan dan elemen seram ketika berhari raya, silakan.

Biarpun gaya pocong ini bukan kali pertama merebak di media sosial, namun cara pemasaran ini terbukti masih berkesan.

Orang ramai mungkin lebih teruja untuk memakai pakaian yang lebih unik dan lain dari lain.

Hasilnya tudung ini telah ‘sold out’ selepas gambar terbabit tular.

Anda masih boleh follow Instagram Azzim_Aziz jika terdapat stok baru untuk digayakan pada hari lebaran nanti.