Skop

Taman Permainan Kanak-Kanak Diancam Bahaya! Ibu Bapa Wajib Pantau

Hanafis Haris
21/02/2018
07:24 MYT
Sponsor Banner
Taman Permainan Kanak-Kanak Diancam Bahaya! Ibu Bapa Wajib Pantau
Demam denggi disebabkan nyamuk Aedes boleh diibaratkan sebagai isu yang tiada kesudahannya.
Malah, pastinya menjadi igauan ngeri bagi mereka yang terdedah dengan persekitaran tidak sihat terutamanya di kawasan flat dan pangsapuri di bandar.
Untuk makluman, kes demam denggi sebenarnya telah menunjukkan kadar penurunan bagi tempoh dua tahun berturut-turut.
Jumlah kes yang dicatatkan sebanyak 101,357 kes pada tahun 2016 dan berkurangan kepada 83,849 kes pada tahun lalu membabitkan seluruh negara.
Kes kematian akibat denggi juga mencatatkan penurunan bagi dua tahun berturut-turut iaitu 237 kematian pada 2016 dan 177 kematian (2017).
KANAK-KANAK LEBIH TERDEDAH
Taman kanak-kanak sepatutnya tempat yang selamat untuk beriadah. Bagaimanapun, penurunan ini bukanlah alasan bagi kita semua untuk tidak ambil peduli tempat pembiakan nyamuk ini kerana seperti mana kita tahu, pencegahan awal itu lebih penting.
Malah, anda mungkin patut mengawal anak-anak anda ketika bermain di taman permainan bermula sekarang!
Ini kerana Kementerian Kesihatan menerusi laporannya mendapati 23 peratus daripada lebih 700 taman permainan di seluruh negara yang diperiksa disahkan sebagai lokasi pembiakan Aedes.
Situasi ini sekali gus menyumbang kepada kes demam denggi terutamanya membabitkan kanak-kanak.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, langkah pembasmian perlu dilaksanakan dengan lebih kerap dan menyeluruh kerana kawasan berkenaan adalah lokasi tumpuan masyarakat.
Selain kanak-kanak, ia juga tumpuan pelbagai peringkat usia.
"Taman permainan ini sentiasa dikunjungi pada waktu pagi atau petang iaitu ketika nyamuk ini sedang aktif,” katanya kepada Berita Harian.
KAWAL CARA PEMAKAIAN
Langkah pembersihan perlu dilakukan lebih kerap. Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pakaian seperti baju berlengan panjang dan seluar panjang untuk mengelak daripada digigit nyamuk.
Kawasan lain turut menjadi tumpuan pembiakan Aedes termasuk 22 peratus kawasan merangkumi tanah lot kosong.
Tapak projek perumahan terbengkalai pula merangkumi 17 peratus manakala kilang dan tanah perkuburan masingp-masing, 11 dan 10 peratus.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024