Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
SKOP

Telefon Pintar Ini Lebih Hebat Daripada Samsung Galaxy Note 8 Dan Iphone 8 Plus!

Hanafis Haris 06/10/2017 | 03:13 MYT
Hanya beberapa jam selepas pelancaran telefon pintar generasi kedua Pixel, peranti ini dikatakan kehabisan stok. Perkara ini disahkan apabila pra-tempahan menerusi laman Google Store menyaksikan beberapa model ‘out of stock’.
Menurut laporan The Verge, masalah ini tidak berlaku pada mereka yang merancang untuk membuat pra tempatan bagi model Pixel 2 biasa.
Namun, berbeza dengan Pixel 2 XL, mereka harus menunggu sehingga pengeluaran seterusnya. Model Pixel 2 XL berkapasiti 64Gb dan 128GB berwarna putih antara yang laris.
Google Pixel 2 XL mempunyai paparan lebih besar iaitu 6 inci berbanding Pixel 2 biasa.
SAMA TAPI TAK SERUPA
Google Inc melancarkan dua telefon pintar tengah malam semalam iaitu Pixel 2 dan Pixel 2XL. Kedua peranti ini mempunyai persamaan secara asasnya tetapi dibezakan dengan beberapa perkara.
Google Pixel 2 hadir dengan saiz lebih kompak dan selesa digenggam. Ukuran paparan adalah 5 inci dengan penggunaan panel jenis OLED dan bateri bagi peranti ini adalah 2,700 mAh.
Bagi Pixel 2 XL pula, ia didatangkan dengan saiz lebih besar iaitu 6 inci dengan resolusi QuadHD jenis panel pOLED. Bateri pula bersaiz 3,520 mAh.
Secara keseluruhan, kedua telefon ini berkongsi spesifikasi termasuk penggunaan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835, 4GB RAM, kamera belakang 12 Megapixel (MP) manakala 8MP bagi hadapan. Ia turut disertakan penggunaan USB Type-C, fungsi Bluetooth 5.0 serta keupayaan kalis air dan debu IP67.
Skor diperoleh Google Pixel 2 'membenam' markah Samsung Galaxy Note 8 dan Apple iPhone 8 Plus yang hanya sekadar 94 skor.
HABIS STOK?
Jika dilihat pada spesifikasi kedua telefon pintar terbaru ini, ia kelihatan biasa saja. Jadi, persoalannya apakah yang membuatkan peranti ini kehabisan stok?
Jawapannya adalah pada kualiti kamera yang ditawarkan. Percaya atau tidak Google Pixel 2 baru saja ‘membenam’ kedudukan Samsung Galaxy Note 8 dan Apple iPhone 8 Plus pada sesi ujian kamera telefon pintar DxOmark.
Google Pixel 2 menerima skor keseluruhan sebanyak 98 berbanding 94 mata yang dikongsi oleh Galaxy Note 8 dan iPhone 8 Plus. Sebanyak 4 mata jauh meninggalkan dua model terbabit.
Biarpun tidak menyertai ‘jentera’ dwi kamera tetapi gabungan sebuah lensa dengan perisian ditawarkan Google mampu menjadikan Pixel 2 sebagai kamera terbaik dalam kategori telefon pintar. Pixel 2 menerima markah sebanyak 99 dalam aspek foto manakala 96 bagi ujian video.
Menariknya, permarkahan video Pixel adalah yang tertinggi setakat ini. Video dihasilkan Pixel 2 mempunyai stabiliti yang baik selain turut mempunyai tempoh fokus yang pantas. Bagi kategori pengambaran foto pula, Pixel menyerlah dalam mengimbangi kadar ‘exposure’ dan kontras. Selain itu kecekapan peranti ini untuk memfokus sesuatu objek juga amat baik.
Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL hadir dengan warna putih dan hitam pada harga ditawarkan di Malaysia dijangka bermula RM3,299.00 sehingga RM4,649. Namun, harga ini adalah tidak rasmi kerana model ini belum dibawa masuk oleh Google.
#Gajet #Gajet