Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Tergamak Jual 'Dara' Demi Iphone 8

Hanafis Haris
20/10/2017 07:52 MYT
Telefon pintar iPhone bukan lagi satu peranti komunikasi biasa, malah ia kini dianggap sebagai ‘status’ bagi sesetengah individu. Ada yang beranggapan hanya orang kaya saja boleh memiliki iPhone.

Lebih teruk lagi, sesetengah individu merasakan mereka tidak diterima dalam komuniti yang rata-ratanya menggunakan iPhone. Berpunca dari masalah inilah yang menjadikan remaja masa kini melakukan ‘kerja gila’ demi mendapatkan telefon idaman mereka.


 
Jika di Malaysia, kelakuan ini masih terkawal tetapi tidak di China. Seorang gadis berusia 17 tahun sanggup menggadai maruahnya demi mendapatkan wang untuk membeli iPhone 8. Kejadian berlaku di sebuah Hotel di China apabila gadis terbabit hampir dirogol oleh sekumpulan lelaki.

JUAL MARUAH ATAS TALIAN

Menurut laporan The Sun Daily, Xiao Chen, 17, bertindak menawarkan perawannya menerusi sebuah iklan atas talian dengan bayaran sebanyak 20,000 yuan (RM12,740). Keputusan itu dibuat bagi melunaskan hasratnya untuk membeli iPhone 8.
 
"Rakan saya semua sudah membeli iPhone 8, saya juga mahu tetapi saya tidak mempunyai banyak wang." katanya.



Pada hari kejadian, Chen pada awalnya berjumpa dengan seorang wanita bernama Nana. Apa yang dia tidak tahu, Nana sebenarnya adalah seorang video blogger (Vlogger) yang mengaturkan pertemuan antara Chen dan pelanggannya.

Sebaik berbincang, Chen terus dibawa ke bilik hotel sebelum didatangi tiga lelaki. Tanpa membuang masa tiga lelaki terbabit kemudian melakukan cubaan untuk merogol Chen sebelum dia diselamatkan oleh Nana.



Vlogger terbabit kemudian mendedahkan ia adalah sebuah ‘prank’ dan ia dirancang sebagai pengajaran buat gadis terbabit. Video berkenaan dimuat naik di YouTube dan sudah ditonton sebanyak 425,625 kali.


IPHONE 8 DIJUAL SECARA RASMI 
 
Di Malaysia, Apple iPhone sudah dijual secara rasmi oleh syarikat telekomunikasi dan pengedar sah hari ini. Model iPhone 8 hadir dengan skrin 4.7 inci manakala iPhone 8 Plus bersaiz 5.5 inci. Peranti ini dijana oleh cip pemprosesan Apple terhebat ketika ini dikenali sebagai Apple 11 Bionic. Ini adalah senarai harga bagi pasaran Malaysia.

iPhone 8 64GB – RM3,649
iPhone 8 256GB – RM4,399
iPhone 8 Plus 64GB – RM4,149
iPhone 8 Plus 256GB – RM4,899
 




 
#Iphone #iPhone #8