Skop

Teringin Makan Di Hotel Pada Harga Murah, Anda Boleh Pilih Datang Ke Sini

Eiylla Syaharith
20/12/2017
09:23 MYT
Ramai beranggapan makan di kafe hotel memang mahal apatah lagi jika mahu membawa anggota keluarga menjamah di sana. Paling tidak, bayaran yang dikenakan lazimnya antara RM50 untuk seorang.
Masih dalam mood cuti sekolah, apa kata ibu bapa yang ingin membawa anak-anak pergi bercuti boleh mencuba hidangan di hotel. Bak kata orang, sekali sekala makan di hotel apa salahnya tapi jarang risau bab bajet kita sendiri boleh rancang dengan memilih hotel yang menawarkan bufet murah.
Rojak Daily Skop! senaraikan 5 hotel yang menawarkan bufet murah untuk pelanggan:
1. Hotel Bayview Georgetown, Pulau Pinang
Pelbagai pilihan piza ditawarkan di hotel ini antaranya piza pisang bersalut Coklat, Hawaiian Piza bersama tuna dan piza sambal sosej.
Hotel bertaraf empat bintang ini menawarkan bufet menerusi pakej istimewa ‘Sunday Super Saver Brunch’, pelanggan boleh menjamah lebih 50 menu yang disediakan sama ada masakan tempatan atau barat.
Bertempat di Kafe Kopitiam di tingkat bawah hotel tersebut, hotel ini turut menawarkan menu istimewa seperti Laksa Kahwin menampilkan gabungan laksa Thailand dengan Pulau Pinang. Begitu juga, pelanggan boleh mencuba kelazatan Tofu Fa yang dihasilkan dengan sedikit ramuan halia dicampur untuk membangkit aroma di dalamnya.
Menu istimewa lain termasuk Mua Chee merupakan makanan pemanis mulut Cina dibuat secara 'homemade' dan piza pisang bersalut coklat, Hawaiian Piza bersama tuna dan piza sambal sosej. Tidak ketinggalan hidangan utama, kari ayam kapitan, daging berkunyit, ayam masak lada hitam, otak-otak, pajeri sotong dengan nenas dan bermacam lagi.
Bagi hidangan pencuci mulut, terdapat pelbagai jenis kek antaranya kek pandan, krim karamel, tart telur, sago gula Melaka dan aiskrim.
Lokasi: Hotel Bayview Georgetown, Pulau Pinang Waktu operasi: Setiap Ahad dari 12 tengah hari sehingga 3 petang Harga: RM38 (dewasa), RM9.90 (kanak-kanak) Maklumat tempahan: Hubungi di talian 04-2633161 sambungan 246.
2. Hotel Ixora, Pulau Pinang
Masih di Pulau Mutiara yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong tempatan dan asing, pelanggan boleh mencuba sajian bufet istimewa di hotel ini dikenali sebagai 'European Buffet Lunch'. Antara makanan istimewa yang terdapat di hotel ini adalah sup udang, stew ayam dengan sayur, kambing masak tomato dan filet ikan serta sayur-sayuran.
Lokasi: Hotel Ixora, Prai, Pulau Pinang Waktu operasi: Setiap hari, 12.00 tengah hari sehingga 2.30 petang Harga: RM45 (dewasa), RM28 (kanak-kanak) Maklumat tempahan: Layari laman sesawang, www.ixorahotel.com/taste/december-european-buffet-lunch/ atau hubungi 04-382 8888 atau emel, [email protected]
3. Hotel Grand Alora
Jika anda berada di Alor Setar, jangan lupa singgah ke hotel ini yang menampilkan menu istimewa iaitu Dimsum Bufet bersama 40 pilihan menu termasuk mi dan bubur.
Lokasi: Hotel Grand Alora, Alor Setar Waktu operasi: Setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 8.30 pagi sehingga 2.30 petang Harga: RM45 (dewasa) Maklumat tempahan: Boleh menghubungi talian 04-7708888 atau layari laman sesawang hotel ini, www.grandalorahotel.com.
4. Hotel Premiera, Kuala Lumpur
Hotel ini menawarkan Lunch Buffet dan HiTea Buffet dengan diskaun sebanyak 50 peratus.Ini bermakna, pelanggan boleh menikmati bufet makan tengah hari dengan kadar bayaran sebanyak RM30 berbanding harga asal RM60 untuk 'Lunch Bufet'. Bagi 'Hi - Tea Bufet' yang dikenakan bayaran asal sebanyak RM50, tetapi kali ini pelanggan boleh menikmatinya dengan harga diskaun iaitu RM25.
Lokasi: Hotel Premiera, Kuala Lumpur Waktu operasi: Harga: RM30 (makan tengahari) manakala RM25 (hi-tea) Maklumat tempahan: Hubungi di talian 03-26151000 sambungan 1007 untuk pembelian baucer.
5.
Related Topics
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Buffet Ramadan Zai Seri Gemilang Tawar Lebih 100 Sajian Cita Rasa Timur Tengah, Nasi Arab Kambing Sujud Wajib Cuba!

gempak
31/03/2024
13:00 MYT
Sedap semua lauknya.
Laman Utama

"Tangan Melekit, Halangan Terlerai" - Durian Bukti Simbol Perpaduan Rakyat Malaysia! #FoodiesLife

gempak
29/08/2023
13:33 MYT
Rakyat Malaysia memang hantu durian!
Laman Utama

"Ibu Saya Pun Suka" - Alyah Penyeri 'Sentuhan Ramadan' Hotel Tenera Bangi! Sedia Lebih 200 Menu, Lengkap Kemudahan Terawih

gempak
28/02/2023
06:40 MYT
Ramadan bakal tiba...
Laman Utama

"Saya Memasak Je Lah, Berlakon Nanti Dulu" - Chef Naem Tak Sedia Lagi Jadi Hero TV, Banyak Kali Tolak Offer

gempak
07/03/2022
07:55 MYT
Muka elok, ramai yang nak jadikan Chef Naem hero...
Laman Utama

#FoodiesLife: Tak Boleh Rentas Negeri Tapi Rindu Masakan Kampung? Fazley Yaakob Boleh Masak Untuk Korang Buka Puasa

gempak
25/04/2021
06:50 MYT
Boleh cuba bufet yang bertemakan "Sajian Merentasi Zaman".