Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dijadikan tebusan seorang penjenayah yang menceroboh masuk ke rumah orang lain sehingga dia diheret sejauh 1.5 kilometer dari lokasi kejadian dan diacukan pisau di leher.
Kejadian mencemaskan itu yang berlaku di Jalan Damai-Luyang berhampiran Plaza Damai, Kota Kinabalu, Sabah, malam tadi berjaya diselesaikan dengan kebijaksanaan pihak polis yang menyamar sebagai pegawai perubatan sebelum mendekati mangsa dan suspek.
Advertisement
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abdul Rakman menyatakan suspek seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai warga asing gagal merompak sebuah rumah di Taman Istimewa selepas disedari penghuni rumah itu.
Dia yang panik kemudiannya melarikan diri sebelum menarik seorang wanita di rumah bersebelahan dan menjadikannya sebagai tebusan, seperti dilaporkan Harian Metro.