Skop

[Video] Lelaki Mabuk Nak Bom MH128 Tapi Rupanya 'Powerbank'

Elrafaei Sapi
01/06/2017
02:01 MYT
Pesawat Malaysia Airlines, MH128 yang sepatutnya dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik selepas seorang penumpang dipercayai mabuk cuba masuk ke dalam kokpit. Media antarabangsa melaporkan, lelaki itu berasal dari Sri Lanka mendakwa mempunyai bahan letupan dan bertindak mahu meletupkan pesawat tersebut.
Kejadian berlaku sejurus 20 minit pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne dan kemudian selamat mendarat semula jam 11.11 malam. Bagaimanapun tiada kemalangan mahupun kecedaran pada penumpang lain yang berlaku pada masa itu.
Bekas pemain ragbi Melbourne, Andrew Leoncelli yang turut berada dalam pesawat tersebut menyatakan dia berusaha menahan suspek.
Jelasnya, selepas 10 minit pesawat tersebut berlepas dia yang duduk di kelas perniagaan terdengar suara suspek yang mengatakan mahu masuk ke kokpit dan berjumpa dengan juruterbang. Bagaimanapun, pramugari memintanya agar duduk semula di tempatnya.
"Selepas itu dia mengatakan dia tidak mahu duduk semula dan mahu meletupkan pesawat," katanya seperti dilaporkan news.com.au.
Tambahnya, selepas pesawat selamat mendarat penumpang diminta terus berada dalam pesawat selama satu jam sebelum polis bertindak masuk ke dalam pesawat.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyatakan pesawat tersebut bukan dirampas tetapi disebabkan seorang penumpang mabuk yang mencetuskan kekecohan. Malah, lelaki itu yang mendakwa mempunyai bom sebenarnya hanyalah 'powerbank', seperti dilaporkan kepada AFP.
"Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan saya dimaklumkan bahawa anak-anak kapal telah berjaya mengawal penumpang tersebut dan apabila pesawat itu mendarat, mereka telah segera menghubungi pihak keselamatan lapangan terbang," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook akaunnya, malam tadi.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Pesawat Malaysia Airlines Ke Bangkok Terpaksa Berpatah Balik Akibat Kecemasan

gempak
24/06/2024
14:24 MYT
Malaysia Airlines mengesahkan salah satu daripada pesawatnya mengalami masalah teknikal berkaitan tekanan di dalam ruangan kabin.
Berita

Akibat Masalah Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas Di Hyderabad

gempak
20/06/2024
09:19 MYT
Gara-gara mengalami kegagalan enjin, sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) terpaksa melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Hyderabad, India.
Berita

Isyarat Baharu MH370 Dikesan Di Australia Barat

gempak
19/06/2024
11:53 MYT
Selepas 10 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, petanda baharu menyusul apabila penyelidik Britain mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.
Laman Utama

Letak Pasport Dalam Bagasi, Risteena Cemas Beg Tak Muncul-Muncul Setibanya Di Lapangan Terbang

gempak
01/12/2023
08:55 MYT
Risteena minta Malaysia Airlines bertanggungjawab
Laman Utama

Isu Dapat Satu Plastik Kacang, Azfar Heri Mohon Maaf, Sedia Beri Kerjasama Kepada MAS - "Silap Saya Post ..."

gempak
08/09/2022
02:25 MYT
Azfar Heri masih mahukan kepastian tentang status pramugari.