Skip to main content

Market Trends

Wanita Pengsan Akibat Kebakaran Pasar Raya Di Mid Valley

midvalley1.jpg

Saksi kejadian ternampak seorang wanita pengsan selepas sebuah pasar raya di dalam pusat membeli belah, Mid Valley, Kuala Lumpur terbakar, kira-kira jam 8.24 malam tadi.

Beberapa pengunjung dan saksi kejadian yang berkongsi gambar menerusi laman sosial, Twitter menunjukkan lokasi tersebut terbakar. Menurut Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, pihaknya menerima panggilan kecemasan selepas loceng kecemasan di pusat beli-belah itu berbunyi.

Kesan kebakaran di dalam pusat membeli belah di Mid Valley yang terbakar malam tadi.

Advertisement

Sejurus kemudian sembilan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba Pantai ke lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati bunyi loceng kecemasan datang dari sebuah pasar raya di dalam pusat beli-belah itu dan terdapat bau asap. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

Pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas penggera loceng kecemasan berbunyi.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kebakaran berlaku di sebuah bilik di tingkat tiga pasar raya terbabit dan anggota berjaya memadamkan kebakaran itu," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Must-Watch Video