Platform media sosial, Instagram akhirnya melancarkan fungsi yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai netizen.

Anda kini boleh ‘mute’ individu yang tidak berkenaan yang selama ini memaparkan gambar atau caption menjengkelkan di ‘timeline’.

Sama seperti di Facebook, Instagram Mute akan menghalang gambar daripada individu terpilih tanpa anda ‘unfollow’ pengguna terbabit.

Sesetengah pengguna merasakan tindakan terbabit agak keterlaluan.MASIH TERIMA NOTIFIKASI

Jika ada yang bimbang sekiranya, fungsi ‘mute’ ini akan disedari pengguna terbabit, jangan risau, perkara itu tidak akan berlaku.

Anda sebaliknya, masih boleh melihat profil dan mendapat notifikasi daripada komen pengguna berkenaan.

Apa anda perlu lakukan adalah terus pergi ke profil individu terbabit dan cari tiga dot dan klik ‘mute’.

Kemas kini menampilkan fungsi terbabit masih dilakukan secara berperingkat. Oleh itu sentiasalah ‘alert’ dengan notifikasi update Instagram anda.Apa yang pasti ramai pengguna gembira fungsi ini diperkenalkan.