SKOP

Zumba Baju Pengantin Sempena Hari Ibu

Eiylla Syaharith 14/05/2017 | 07:53 MYT
Kemeriahan sambutan Hari Ibu diraikan dalam pelbagai cara sebagai tanda terima kasih dan perhargaan pada golongan yang digelar ibu. Satu aktiviti menarik turut dianjurkan Straits Quay Marina Pulau Pinang yang tidak ketinggalan mengadakan acara 'Party Fitness Zumba' sempena sambutan hari istimewa tersebut.

Acara yang dihadiri kira-kira 90 wanita dari pelbagai lapisan bangsa dan umur berlangsung dalam suasana cukup meriah. Kegembiraan jelas terpancar pada peserta apabila aktiviti Zumba selama 90 minit tanpa henti dikendalikan Duta Aktif Pulau Pinang, Zin Mary bersama rakan-rakannya.

Wanita pelbagai usia turut serta dalam acara 'Party Fitness Zumba' yang diadakan hari ini.

Tambah menarik, ia turut diadakan pemilihan lima penari Zumba terbaik dan 10 pemenang cabutan bertuah termasuk tiga hadiah berupa wang tuna dan pingat untuk pakaian terbaik kategori 'Best Mum and Child Look A Like' untuk pasangan ibu bersama anak.

Seorang suri rumah, Munira Abd Rahman, 35, dari Bandar Baru Farlim di sini cukup gembira apabila muncul tiga peserta terbaik yang memakai pakaian terbaik dan membawa pulang wang tunai RM200 berserta pingat.

Antara pasangan ibu dan anak yang menerima hadiah wang tunai dan pingat masing-masing.

"Pemilihan kostum 'Lanun' yang dipilih berjaya mengalahkan 90 peserta Zumba yang lain malah ada yang tampil dengan pelbagai kostum. Ada peserta datang dengan kostum pengantin, gadis kampung dan bermacam-macam lagi," katanya.

Acara 'Party Fitness Zumba' memberi kelainan dalam sambutan Hari Ibu kali ini.

#Zumba #Zumba