Bersempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, ramai di antara kita yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Di samping itu, bulan ini juga membuka peluang untuk kita bertambah peka dan peduli pada golongan yang memerlukan.

Sebagai contohnya, ini pengacara Kepoh Kepochi, Munira. Bulan Ramadan ni dia berebut melakukan #MisiIkhlasAidilfitri antaranya tak mahu laser lagi, banyakkan bersabar, jangan pentingkan diri sendiri dan belanja buka puasa.

Mahukan kebaikan berganda sempena bulan Ramadan ini, kami cadangkan anda buat tiga perkara ini:

1. Menderma

Perbuatan ini paling senang dan ringkas untuk dilakukan. Anda boleh ke bazar Ramadan berhampiran dan jika ternampak ada orang susah yang perlukan pertolongan, anda boleh memberikan wang ataupun membeli makanan untuk diberikan kepada mereka. Tak kira berapa pun jumlahnya, dermalah seikhlas hati anda.

2.Sukarelawan

Ada banyak pusat penjagaan orang-orang tua atau anak-anak yatim yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. Ajak teman-teman untuk sama-sama melakukan kerja sukarelawan membersihkan rumah-rumah ini. Selain itu, anda juga boleh melakukan kerja-kerja sukarelawan di masjid dengan membantu penyediaan berbuka puasa, solat terawih serta moreh.

3. Berbuat baik

Apa sahaja perkara yang boleh menyenangkan hati orang lain dan memberi manfaat pada mereka, pasti dibalas berlipat ganda kebaikannya. Walaupun anda membantu teman sepejabat membuka pintu ketika dia sedang mengangkat barang, membantu ibu menyediakan juadah berbuka ataupun menyelamatkan anak kucing dari dilanggar ia dikira satu perbuatan mulia dan anda layak mendapat kebaikannya.

Seiring dengan bulan mulia ini juga, Watsons Malaysia menerusi Misi Ikhlas Aidilfitri mahu mengajak anda untuk menyebar kebaikan kepada orang ramai. Jika anda melakukan tiga perkara yang kami cadangkan di atas atau apa sahaja kebaikan sepanjang bulan ini, kongsikan bersama Watsons dan anda mampu memberikan senyuman pada warga emas di Darul Insyirah.

Bagaimana dengan perkongsian kebaikan ini anda boleh menderma kepada Darul Insyirah? Setiap perkongsian kebaikan anda di Facebook dan Instagram, letakkan hashtag #MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia, 200 mata (RM1) akan didermakan kepada rumah warga emas ini. Pastikan akaun anda umum untuk memudahkan pihak Watsons melihatnya.

Sahut panggilan amal dari #MisiIkhlasAidilfitri Watsons dan ayuh sebarkan kebaikan untuk warga emas di Darul Insyirah. Setiap perkongsian anda mampu memberikan inspirasi dan motivasi pada orang lain untuk turut sama melakukan perkara yang baik di bulan penuh keberkatan ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman facebook Watsons Malaysia.