TGV CINEMAS
Kelakar, Ringan Dan Bakal Pecah Panggung - Ini 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton 'Bikers Kental 2'
Satu-persatu filem Malaysia memasuki panggung untuk bertemu peminat filem tempatan. Kali ini milik 'Bikers Kental 2' yang akan mula berada di pawagam pada 14 Mac ini.
Filem arahan Mohd Helmi Mohd Yusof ini mengetengahkan tiga jejaka bermotor besar yang memulakan misi penting mereka di Thailand tanpa mengetahui bahaya yang menanti.

Kami mahu anda juga terhibur seperti kami, di sini kami senaraikan lima sebab kenapa anda perlu menonton filem ini:
1. Gandingan menjadi Zizan, Dato’ Awie dan Datuk Afdlin Shauki

Gelagat mereka yang perlu ke Thailand untuk satu misi penting bakal membuatkan anda pecah perut. Lawak mereka bertiga tidak melebih-lebih, secukup rasa dan saling melengkapi antara mereka bertiga.
Kami cukup suka dengan gabungan ini dan ‘Bikers Kental 2’ bijak menggunakan Zizan (Bidin Al-Zaifa), Dato’ Awie (Bidin Eddie) dan Dato’ Afdlin Shauki (Aidid Al-Zaifar) untuk memberikan kekuatan pada filem ini.
2. Lakonan Amerul Affendi

Apa yang membuatkan kami kagum adalah sepanjang filem ini, Amerul mampu berbahasa Thailand dengan baik sekali dengan lakonan yang sangat berkesan.
Dalam usahanya untuk menangkap Bidin demi menyelamatkan isterinya, pelbagai rintangan harus dilaluinya termasuklah yang paling ekstrem, memperbetulkan sendiri kakinya yang patah!
Walaupun sebelum kita sering disajikan dengan Amerul membawa watak antagonis, namun karakternya dalam filem ini cukup menghiburkan. Pemilihan Amerul memang tepat!
3. Keindahan Phuket

Selain pantainya yang cantik, ada beberapa aktiviti menarik yang ditonjolkan di dalam filem ini antaranya menembak di lapang sasar, sukan muay thai, pesta air Songkran dan banyak lagi.
Kalau anda belum pernah ke Phuket, inilah masanya anda explore Phuket dan lokasi-lokasi penggambaran filem ini. Kami yang dah tiga kali ke Phuket pun terasa nak tempah tiket penerbangan selepas menonton filem ini. Rindu!
4. Lawak ‘double-meaning’

Bermula dari nama-nama watak sudah membuatkan satu panggung berdekah ketawa antaranya Saiya Sukaporn, Khunna Meliwat, Cherry Porntit dan beberapa nama lain bukan nama lazim yang sering digunakan dalam filem.
Lawak ‘double-meaning’ ini tidaklah digunakan secara berlebihan sehingga mengundang rasa tidak selesa penonton. Semuanya pada kadar berpada-pada dan anda perlu tonton sendiri.
5. Pelakon Thailand cantik manis

Tambahan lagi apabila mereka berbicara dalam Bahasa Thailand, pasti buat anda rasa teruja. Ada momen-momen bila Zizan dan Dato’ Afdlin Shauki turut berbahasa Thailand membuatkan kita sendiri boleh belajar Bahasa ini. Mana tahu boleh kita praktikkan untuk ke Phuket kelak.
Tidak dilupakan pelakon Pont Cranium yang membawakan watak Ananda, abang kepada Cherry. Juara Muay Thai ini akan buat anda tersenyum dengan wajah seriusnya tapi hatinya baik.
Secara keseluruhannya, kami simpulkan filem ini cukup menghiburkan. Dengan barisan pelakon yang mantap, skrip yang bersahaja dan lagu runut bunyi yang gempak, kami yakin filem ini akan mendapat tempat di hati peminat filem tempatan khususnya peminat sukan dan hobi permotoran.
‘Bikers Kental 2’ mengisahkan Bidin yang merancang untuk melawat kekasihnya, Cherry dan keluarganya di Hatyai untuk berkenalan dengan lebih dekat sebelum melamar kekasih hatinya itu.
Bidin bergerak seorang diri ke Hat Yai. Semasa di dalam perjalanan, dia singgah di Dannok untuk berhenti makan tetapi dikejar penjahat Al Buqerk. Bidin berjaya melepaskan diri dan menyambung perjalanannya ke Hat Yai.
Apakah yang menanti Bidin di Phuket? Nantikan filem ‘Bikers Kental 2’ yang akan ditayangkan di pawagam bermula 14 Mac 2019.
Must-Watch Video