Tak Payah Kedekut Sangat, Ini 7 Cara Paling Cool Dapatkan Tiket Penerbangan Murah
Nak shopping ke nak menabung untuk travel? Nak makan best ke nak spend duit beli tiket penerbangan? Inilah antara persoalan kami setiap bulan apabila tibanya hari gaji. Dalam dilema!
1. Masuk program kesetiaan

Jika anda seorang pengembara sejati, pasti anda tahu nikmatnya bila syarikat penerbangan akan mengumumkan jualan murah atau tempat duduk percuma. Lebih istimewa jika anda menyertai sesuatu program kesetiaan seperti Program Freedom Flyer, anda akan nikmati lebih ganjaran.
2. Fleksibel dalam memilih tarikh penerbangan

Jangan terhadkan tarikh percutian anda hanya pada tarikh perayaan ataupun ketika cuti sekolah sahaja. Bersikap fleksibel dalam memilih tarikh bercuti akan membantu anda jumpa tiket penerbangan yang lebih murah.
3. Alternatif destinasi mendarat

Orang kedekut paling hebat bahagian ini, kalau destinasi idaman anda harganya mahal, cari alternatif destinasi berdekatan yang menawarkan harga tiket lebih murah. Idea ini kami sendiri pernah buat.
4. Cepat dan tangkas

Obses dengan promosi jualan murah dan tempat duduk percuma? YAS! Tapi bila anda tahu bila waktu promosi bermula, segeralah buka laptop atau telefon pintar untuk beli tiket penerbangan.
5. 'Ikut' syarikat penerbangan

'Ikut' yang dimaksudkan sudah tentulah di laman sosial! Ikutilah akaun Instagram, Twitter dan like mereka di Facebook untuk pelbagai informasi!
6. Terbang pada bukan waktu puncak

Anda pasti tahu bila tarikh-tarikh penting perayaan dan cuti sekolah. Jadi elakkan untuk melancong pada tarikh kegemaran rakyat Malaysia. Ambil kesempatan untuk bercuti di luar waktu puncak terutamanya pada hari bekerja.
7. Gunakan mata ganjaran untuk tebus tiket penerbangan

Ini cara paling senang untuk orang yang nak jimat tanpa rabak duit. Dengan mata ganjaran BIG AirAsia, anda boleh tebus penerbangan percuma dengan serendah 500 mata ganjaran! Bukan setakat tebus harga tiket, ia turut meliputi pelbagai cukai serta caj-caj tambahan.
Jangan risau kalau mata ganjaran anda kurang, anda boleh tambah bayar dengan wang tunai. Semakin kerap anda terbang, semakin tinggilah mata ganjaran yang anda perolehi. Khas untuk ahli BIG juga, menerusi aplikasi BIG Loyalty, ada pelbagai promosi dan tawaran tiket destinasi pilihan boleh anda dapati.

Anda merancang untuk bercuti? Apa kata anda sertai kempen hebat 'WeAre20MilBIG' bersempena misi 20 juta Ahli BIG mereka tercapai. Menangi sebahagian daripada 20 juta Mata Ganjaran BIG dengan mengumpul, menebus dan menukar Mata Ganjaran BIG terbanyak dari sekarang sehingga 30 November ini.
Bagaimana caranya? Anda boleh lawati AirAsia BIG di sini dan ada pelbagai tawaran menarik lagi. Tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk anda gunakan mata ganjaran dan pergi bercuti.