Suara Viral
Jerry Suara Viral Terkena Serangan Panik, Susah Nak Bernafas
Peserta Suara Viral, Jerry terkena serangan panik sebaik selesai sesi raptai bagi konsert minggu kelima yang bakal bersiaran malam ini.
Menurut Jerry, kejadian tersebut merupakan pertama kali berlaku dalam hidupnya sehingga terpaksa dibawa ke klinik berdekatan.
"Saya jadi susah nak bernafas, jantung saya laju. Saya sangkakan saya dah kena serangan jantung.
"Tapi, doktor beritahu yang saya sebenarnya mengalami sindrom hyperventilation. Antara puncanya disebabkan oleh tekanan yang dialami," katanya kepada Astro Gempak.
Bukan sekali, sebaliknya, menurut Jerry, pada hari rakaman konsert minggu kelima, dia sekali lagi terkena serangan panik.
"Keesokannya petangnya, saya terkena serangan panik lagi. Bahkan, saya dihantar semula ke studio menaiki ambulans pada malam sebelum konsert bermula," ceritanya.
Menurut Jerry, dia kini masih lagi mendapatkan rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor.
Nak tahu bagaimana keadaan persembahan Jerry di minggu kelima selepas terkena serangan panik?
Jangan lupa saksikan Jerry malam ini yang bakal membawakan lagu Penghujung Rindu nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah.
Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.
Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.
Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.
Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.
Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.