SUUDU
Cheesy Char Kway Teow Ini Dikecam Netizen, Memang Semua Makanan Nak Letak Cheese?
Kalau bab makan, orang Malaysia memang champion. Selain nasi lemak, roti canai, sate dan laksa, char kway teow juga antara menu kegemaran ramai.
Namun, baru-baru ini tular di laman sosial apabila menu char kway teow itu telah 'dihipsterkan' dengan meletakkan sos keju.

Selepas beberapa menu lain telah diinovasikan dengan taburan keju seperti mee segera keju, nasi goreng keju dan keropok lekor keju, kini tiba giliran char kway teow untuk dilimpahi sos keju.
Hidangan yang diberi nama cheesy char kuey teow ini terletak di Spark Cheese, Cyberjaya. Menerusi satu tweet pengguna @ShibliVision, perkongsiannya tentang menu itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Didakwa char kway teow keju yang pertama Malaysia, dia menyatakan gabungan kedua-duanya sebagai pelik tapi sedap.

Namun bagi netizen pula, ramai yang berpendapat paduan rasa kedua-duanya tidak sesuai. Ramai yang menjawab tweet cheesy char kuey teow itu dengan pelbagai meme.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Namun dalam menerima kecaman netizen, dikhabarkan ramai yang sudah datang untuk mencuba sendiri cheesy char kuey teow. Menerusi pemilik akaun Twitter itu lagi, sehingga jam 9 malam, 5 Februari lalu, lebih 100 pinggan telah laris dijual.

Apa pandangan ada? Selera setiap orang itu berbeza. Mungkin enak di tekak anda, kurang enak di tekak orang lain. Tak salah kalau anda nak rasa dan nilaikan sendiri. Jika anda mahu cuba, gerai ini dibuka dari 6.30 petang hingga 1.30 pagi.