SUUDU
Dah Macam Mak Dan Anak! Ini 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Tonton RASA Ketuhar Kuali 2!
Sebut saja Norzaini Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Aunty Aini, pasti semua sudah terbayang gaya pro beliau menurunkan ilmu kepada chef selebriti tersohor Britain, Gordon Ramsay.
Malah, jika mengikuti program masakan RASA sebelum ini, pastinya wajah Aunty Aini sudah menjadi kebiasaan bagi anda di rumah.
Bagaimanapun musim satu telah berlalu dan kini tiba masanya untuk musim baru muncul dengan konsep yang lebih fresh dan lain daripada lain!
Apa yang lainnya? Untuk musim baru ini, RASA turut memperkenalkan selebriti media sosial, Chef Adam Mahamed Ismail! Sorry guys anak saudaranya Fatimah tiada dalam program ini.
Namun bagi anda yang mengikuti Instagram Adam, pastinya asyik terliur dengan menu dan cara masakan yang ditampilkan.
Oleh demikian gabungan Adam bersama Aunty Aini ini pastinya menjanjikan satu program yang unik! Kami senaraikan lima sebab mengapa anda harus terpacak depan Televisyen setiap hari Isnin untuk menonton mereka!
#1 KONSEP SEIMBANG DUA GENERASI BERBEZA

Menurut Aunty Aini, program RASA kali ini bakal menarik pelbagai peringkat umur kerana menggabungan dua generasi berbeza. Malah resipi yang ditampilkan memberi kelebihan kepada dua peringkat umur ini.
Muda akan belajar resepi tradisional manakala yang berusia berpeluang menimba ilmu menghasilkan menu moden serba hipster!
#2 DAH MACAM MAK DAN ANAK

Adam Didam menyifatkan gabungan dia bersama Aunty Aini lebih kepada aktiviti memasak antara anak dan emak.
Bukan hanya disebabkan faktor umur, malah keserasian ketika mereka berdua memasak juga menjadi daya penarik untuk penonton terus mengikuti resepi hebat mereka.
#3 BAHAN MUDAH!

Tidak perlu pening untuk mencari bahan-bahan yang adakalanya tidak tahu ia sebenarnya wujud. Pernah terjadi bukan? Kebanyakan program makanan menggunakan bahan yang terlalu fancy dan hanya boleh didapati oleh sesetengah pasaraya saja.
Namun tidak bagi program RASA ini, hanya bahan mudah saja digunakan.
#4 RESEPI JUGA MUDAH!

Seperti mana bahan yang digunakan, begitu jugalah resepi yang ditampilkan. Mudah untuk anda ikuti.
Walaupun Aunty Aini dikenali sebagai ratu masakan Negeri Sembilan, namun jangan risau resepi yang ditampilkan kali ini telah dipermudahkan. Begitu juga Adam yang bakal mengajar anda cara untuk menghasilkan menu pencuci mulut dengan mudah!
#5 RESEPI COMPLETE

Ini paling menarik kerana dengan hanya satu program, anda boleh kuasai tiga segmen menu yang complete!
Aunty Aini akan menyediakan menu utama manakal Adam pula akan mengajar anda menu pencuci mulut. Bagi menu appetizer pula dilakukan secara bergilir-gilir!
Jadi, jika anda inginkan resepi-resepi lazat dan mudah seperti ini, jangan lupa saksikan program terbaharu, RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam pada setiap hari Isnin, jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).