SUUDU
[EDISI TERHAD] Tak Sangka Gabungan Milo Dan Budu Sesedap Ini! Kalau Berani Try Lah!
Pernah tak terfikir untuk makan kepingan ayam bersalut milo dan kemudiannya dicicah bersama budu? Kedengaran pelik bukan?
Namun, itulah yang bakal dihidangkan kepada anda tidak lama lagi apabila myBurgerLab (MBL) bakal mengeluarkan menu ‘The Milo-Coated Chicken Strips with Budu Dip’. (Atas permintaan okay!)

Macam biasalah bila Milo digabungkan dengan budu, memang agak pelik. Namun bila cuba makan, semua tergamam termasuklah kami di Rojak Daily!
Kami berkesempatan untuk merasa sendiri dan jangan terkejut kerana gabungan rasa ayam disalut milo dan dicicah budu ini sebenarnya sedap!
.jpg)
Milo pula tidaklah terlalu banyak, hanya ditabur secukup rasa. Bagi kami gabungan dua perisa ini saling melengkapi!
.jpg)
Oh ya, jangan lupa saksikan reaksi kami mencuba ‘The Milo-Coated Chicken Strips with Budu Dip’ yang akan dimuat naik tidak lama lagi.
Must-Watch Video