SUUDU
Empat Fakta Durian Yang Sebenarnya Salah!
Oh kome, durian dah berbunga! Legend bukan lagu ni? Setiap kali tiba musim durian, maka teringatlah pada lagu ini.
Namun bukan lagu ini yang akan dibincangkan dalam artikel ini, sebaliknya mitos durian yang masih menghantui fikiran kebanyakan rakyat Malaysia.
Kalau nak dedahkan semua memang banyak, namun kami senaraikan empat mitos yang telah diperjelaskan Kementerian Kesihatan Malaysia. Barulah valid!
Pasti ramai mendengar teori ini bukan? Durian dikatakan sejenis buah panas dan cara menyejukkannya pula dengan makan bersama buah manggis yang disifatkan lebih sejuk.
MITOS #1 DURIAN PANAS, JADI MAKANLAH BERSAMA MANGGIS!

Fakta: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tidak ada istilah buah sejuk dan panas di dalam perubatan moden. Ia tidak disokong oleh kajian saintifik.
Adakah anda makan durian banyak sebab ini? Memang ada mitos mengatakan durian meningkatkan tenaga seks. Malah ada juga teori menyatakan kandungan nutrien dalam durian boleh mengubah mood manusia.
MITOS #2 MAKAN DURIAN TINGKAT NAFSU SEKS

Fakta: Tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan durian meningkatkan tenaga seks.
Siapa ada sakit jantung memang sorry lah kalau nak makan durian. Namun penjelasan KKM ini pasti mengubah kadar kekerapan anda dalam membedal buah durian.
MITOS #3 DURIAN TINGGI KOLESTROL?

Fakta: Dalam fakta nutrien buah durian, jelas menunjukkan sebenarnya TIDAK ADA kolestrol di dalamnya. Oleh itu ia hanyalah mitos semata-mata.
(P.S - Jangan hilang pedoman pula lepas baca fakta ini)
Masih adakah yang makan durian dengan minuman-minuman sampingan yang lain? Kalau ada sekali pun, betul ke ia boleh memudaratkan atau lebih jelasnya lagi boleh membawa maut?
MITOS #4 HILANG NYAWA JIKA MAKAN DURIAN BERSAMA ALKOHOL

Fakta: Tiada bukti kajian saintifik yang menyokong dakwaan ini. Pengambilan durian dan alkohol berlebihan boleh menyebabkan kembung perut dan rasa tidak selesa di bahagian perut. Organ hati juga perlu bekerja lebih kuat untuk menjalankan metabolisma.
Untuk anda yang mahukan maklumat lanjut, boleh like Facebook KKM.
Must-Watch Video