SUUDU
Kena Beratur Pun Takda Hal! Ini 10 Makanan Paling 'Laris' Di Media Sosial Sepanjang 2018!
Seperti biasa, apabila sudah menjelang tahun baru, tidak lengkap rasanya untuk senaraikan makanan yang telah viral 2018. Setiap tahun pastinya muncul menu, resipi dan inovasi makanan yang pelbagai. Semuanya mahu menjadi unik dan hipster!
Jika 2017, makanan hipster membanjiri 'timeline' media sosial anda, apa pula yang dihidangkan sepanjang 2018? Kami senaraikan 10 makanan paling viral tahun ini.
1. BBQ LAMB KL KEMENSAH
Bosan asyik makan di restoran biasa mungkin menjadi punca ramai yang mencuba Bbq Lamb Kemensah ini. Uniknya anda boleh menikmati lunch dalam kawasan sungai. Layan bbq sambil celup-celup kaki, siapa tidak suka bukan?
2. MILO AIS KEPAL
Menu ais kepal sebenarnya boleh dikatakan hampir pupus dan orang ramai lebih mengenali menu manisan ABC. Bagaimanapun hidangan ais kepal secara tiba-tiba kembali bangkit apabila peniaga di Kuala Kangsar mula mencipta menu ais kepal Milo!
Bermula dari Kuala Kangsar, ais kepal milo mula berkembang ke Ipoh, Selangor dan hampir ke seluruh selatan tanah air.
3. AVOCADO CHOC KLEBANG

Pantai Klebang bukan hanya dikenali sebagai lubuk coconut shake sahaja kerana tahun ini Avocado Choc telah membuat kemunculan.
Kehadiran menu ini sangat tepat pada masanya kerana kini ramai mula menjadikan avocado sebagai menu menyihatkan, Semuanya perlu ada avocado.
Kedai ini terletak di Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, bersebelahan dengan kuih keria Limbongan.
4. TAUHU BERGEDIL

Tidak dinafikan tauhu bergedil sudah muncul sebelum 2018 lagi, namun populariti menu ini dapat dilihat pada tahun ini.
Jika dulu agak susah untuk mendapatkan tauhu bergedil, kini tidak susah payah kerana di pejabat pun anda sudah boleh buat pesanan.
Boleh dikatakan kemunculan peniaga-peniaga kecil yang menjual tauhu bergedil memang banyak. Pilih saja yang mana sedap.
5. TEH AIS TIN KARAT

Ada minuman yang viral kerana kesedapannya, namun tidak kurang juga viral kerana masalah berkaitannya.
Teh ais ingin tidaklah istimewa mana, namun keunikannya terletak pada bekas digunakannya iaitu tin susu. Namun ia menjadi isu kerana ramai yang meragui keselamatan menggunakan tin susu lama.
Malah Kementerian Kesihatan Malaysia turut bersuara dalam hal ini.
Beberapa perkara boleh terjadi seperti Leptospirosis (kencing tikus), Diabetes Mellitus (kencing manis), Tetanus infection (kancing gigi), trauma luka akibat besi tajam dan penyakit lain iaitu 3 serangkai kesan daripada kencing manis.
6. NASI LEMAK PAK NASSER

Bagi yang selalu ‘terbang’ menaiki syarikat penerbangan Air Asia, pasti pernah merasa keenakan Nasi Lemak Pak Nasser.
Seperti dicatat dalam menu dalam penerbangan AirAsia, Nasi Lemak Pak Nasser antara yang paling popular, sehinggakan ada yang mengidam untuk mendapatkannya di darat.
Hi @AirAsia isteri saya mengandung anak ketiga dan dia mengidam nasi lemak pak nasser. persoalannya adakah nasil lemak ni dijual dekat luar? pic.twitter.com/AfvgmD0kEi— Azham (@amsuda) October 30, 2018
Pada Oktober lalu, seorang wanita hamil, mengidam mahu menikmati nasi lemak tersebut sehinggakan suaminya terpaksa menggunakan kuasa viral di media sosial dengan menyeru netizen yang menaiki penerbangan AirAsia untuk membelikannya Nasi Lemak Pak Nasser.
Posting terbabit viral hingga menjadikan Nasi Lemak Pak Nasser antara yang popular di media sosial. 
7.BISKUT RAYA ALIEN

Anda lihatah sendiri rupa bentuk kuih ini, tidak hairanlah kalau ia digelar biskut alien. Sekali pandang kelihatan seperti watak CJ7 lakonan Stephen Chow.
Kuih ini juga viral di media sosial dan mungkin kuih paling popular ketika hari perayaan Aidilfitri lalu.
Antara ramuan untuk menghasilkannya termasuklah mentega, susu pekat manis, tepung jadung dan susu tepung
8. AISKRIM BUAH NAGA

Sepanjang 2018, menu ini boleh dikatakan paling Insta - worthy!
Aiskrim lembut yang dihidangkan di atas buah naga menjadikan menu ini sungguh menawan. Kalau teringin, nampak gayanya kena melawat Pulau Pinang kerana ia terletak di Lebuh Cannon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.
9. THE MILO COATED CHICKEN STRIPS WITH BUDU DIP

Pernah tak terfikir untuk makan kepingan ayam bersalut milo dan kemudiannya dicicah bersama budu? Kedengaran pelik bukan?
Namun, itulah yang bakal dihidangkan kepada anda tidak lama lagi apabila myBurgerLab (MBL) bakal mengeluarkan menu ‘The Milo-Coated Chicken Strips with Budu Dip’. _1.jpg)
10. KERBAU GULING
_1.jpg)
Kuih kerbau guling mungkin boleh dinobatkan sebagai makanan paling popular tahun ini. Ia mula viral pada bulan puasa lalu hingga peniaga yang menjualnya terpaksa berdepan dengan pelanggan yang terlalu ramai.
Apa uniknya kuih ini?
Melihat warna kuih ini yang hitam pekat, mungkin kita sudah terbayang warna kulit kerbau. Hirisan kelapa parut yang melekat di atas kuih pula mungkin menggambarkan kerbau ini telah digulingkan. Maka teori mengapa nama kuih ini dinamakan sebegitu mungkin sudah terjawab.
Ramuannya adalah tepung jagung, tepung pulut, tepung beras, kapur makan, gula, tempurung bakar, santan dan kepala parut.
Must-Watch Video