Gempak logo
SUUDU

Masa Untuk Pencuci Mulut, Ini Cara Mudah Buat Kek Coklat Fudge

article-author-avatar
Azwa Rahman 26/12/2018 | 04:12 MYT
Masa Untuk Pencuci Mulut, Ini Cara Mudah Buat Kek Coklat Fudge
Musim perayaan dan cuti sekolah ini, alangkah enaknya jika anda hidangkan kek coklat fudge untuk seisi keluarga.

Selain daripada buat kek dalam satu acuan besar, anda boleh juga menggunakan bekas kecil untuk mengisi adunan supaya ia mudah dimakan. Bagaimana caranya?

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

  1. Gaul bersama telur, minyak sayuran dan esen vanila.
  2. Cairkan coklat gelap bersama susu, dan tambahkan gula perang.
  3. Sejukkan cecair dan tuang ke dalam bekas berisi telur sebentar tadi.
  4. Gaul sebati semua bahan dan masukkan tepung, serbuk soda bikarbonat, serbuk penaik dan garam yang telah diayak.
  5. Gaulkan adunan secara perlahan-lahan hingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam bekas-bekas kecil.
  7. Letak coklat susu di dalam setiap bekas.
  8. Bakar selama 15minit pada suhu 180’C.
  9. Hias bersama buah rapsberi dan gula aising.
  10. Siap untuk dihidang.
Tambah enak kalau letak aiskrim vanila.
Amboi enaknya kalau ada aiskrim vanila sebagai penambah rasa! Mahukan lagi resepi-resipi yang lazat dan mudah seperti ini, jangan lupa saksikan program RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam pada setiap hari Isnin, jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

#Food #Food