SUUDU
Tiada Internet Tapi Masih Ramai Yang Ketagih Ke Sini!
Di saat negara sedang mengecapi akses Internet berkelajuan tinggi, jangan terkejut apabila masih ada premis perniagaan yang tidak mempunyai sambungn Internet.
Namun, ia bukanlah satu yang negatif kerana ia memang sengaja dibiarkan begitu. Contohnya destinasi ini, ia sengaja memilih begitu supaya masa rehat dan percutian pengunjung digunakan sepenuhnya tanpa gangguan media sosial.
Oleh itu, jika anda mahukan privacy daripada gangguan luar, kami syorkan anda ke Adeline Villa & Rest House yang terletak di Gopeng, Perak.
TIDAK SAMPAI SETENGAH JAM PERJALANAN

Mula dibina pada tahun 2004 oleh pengasasnya Adeline Kuo, tempat ini kemudian dinaik taraf menjadi chalet dan tempat penginapan yang dikelilingi alam semula jadi.
Jika anda pernah melancong ke kawasan peranginan yang dikelilingi persekitaran menyegarkan seperti destinasi ini, anda pasti faham akan ‘kenikmatan’ suasana alam semula jadinya!
HIDUPLAH TANPA INTERNET

Kedengaran agak ‘seram’ bagi sesetengah individu tetapi perasaan itu pasti akan lenyap sebaik melihat suasana dan dekorasi alam semula jadi kafe ini. Kami biarkan gambar ini menjadi bukti.
Untuk makluman kafe ini dibuka sepanjang hari dari jam 8 malam sehingga 11 malam.Tetamu juga dibenarkan membawa makanan dan minuman sendiri. Pelik tetapi itulah yang dinyatakan oleh pihak Villa ini.
MENU MAKAN MALAM JADI BURUAN


RUMAH BULUH ALA ORANG ASLI

Namun jika mahu kelainan, Adeline Guest House lebih sesuai untuk dinikmati. Menariknya, mengenai ‘Guest House’ ini, ia dihasilkan dengan bahan buluh semula jadi seperti mana digunakan oleh orang Asli. Menarik bukan?
Selain itu, lokasi Villa ini yang terletak di Gopeng memudahkan anda untuk mencuba aktiviti lasak seperti aktiviti ‘waterfall abseiling’ dan ‘white water rafting'.
Untuk maklumat lanjut anda boleh lihat pakej disediakan Villa ini. Adeline Villa & Rest House atau semak di Traveloka untuk penginapan best di Gopeng atau Ipoh.
Must-Watch Video