Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
The House 6

"BFF Goals" Antara Perkara Yang Akan Anda Saksikan Dalam The House Musim Keenam!

Asraf Aided 06/10/2020 | 15:15 MYT
Program realiti kegemaran ramai, The House musim keenam akan kembali menemui anda tidak lama sahaja lagi.
Dalam musim terbaru ini, sudah pasti banyak kelainan yang akan ditampilkan, malah, ia akan menjadi lebih meriah dengan pelbagai kisah menarik dalam setiap episod.
Antara perkara menarik yang akan anda saksikan adalah sepasang kawan baik yang sangat serasi dan memahami antara satu sama lain.
Dua individu ini menikmati kehidupan dengan cara mereka sendiri, penuh keseronokan dan pada masa yang sama, tidak mengetepikan keluarga masing-masing.
Bagi yang mengikuti mereka di media sosial, sudah pasti ramai yang gemar melihat nilai positif yang dipaparkan melalui persahabatan mereka.
Adakah anda sudah mempunyai sedikit bayangan tentang 'bintang' The House musim keenam ini?
Jika anda mahukan kepastian, stay tune! Kerana pendedahan akan dibuat tidak lama lagi!
Kredit Foto (Main Image) Kanan : CuteWallpaper.org
#The House #Musim Keenam
;