The House 6
Menjerit Ketakutan Diserang Lebah, Ibu Ezurin Menitiskan Air Mata & Macam-Macam Lagi! Ini Recap The House Episod Keenam Malam Tadi...
The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra telah memasuki episod keenam malam tadi.
Program realiti yang semakin mendapat sambutan ini turut menampilkan rakan rapat Ezurin, Magie Abang Saufi.
Kepada anda yang terlepas untuk menyaksikannya, usah risau kerana anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand, atau tonton sahaja semua episod yang telah ditayangkan di aplikasi Astro Go pada bila-bila masa.
Gempak imbaskan kembali lima perkara menarik yang berlaku dalam episod malam tadi.
Magie Bertemu Arafah
Anak sulung Magie, Arafah yang juga seorang rapper datang bertemu dengannya di kediaman yang didiami Ezurin di Hulu Langat. Ini merupakan pertama kali Arafah muncul dalam program ini. Magie sangat gembira bertemu dengan anaknya itu.
Ezurin Hargai Pertemuan Dengan Anak Rakan Baik
Bagi Ezurin, meluangkan masa dengan anak rakan rapantnya juga amat penting. Sebelum ini, dia selalu sibuk dengan anak-anak sendiri, jadi, berbual dan meluangkan masa bersama anak rakan baik sendiri sekali sekala mampu mengekalkan kemesraan yang terjalin antara mereka.
Arafah Menjerit Dikerumun Lebah! Ezurin Risau Tapi Cuba Maintan!
Selepas mencari info di Google, Ezurin, Magie dan Arafah pergi ke pusat penternakan lebah, Kelulut Kasih untuk mencuba madu yang dikatakan boleh menjadi bahan anti penuaan. Ketika kotak sarang lebah kelulut itu dibuka, ia mula terbang mengerumuni mereka bertiga. Arafah menjerit ketakutan manakala Ezurin cuba menyembunyikan ketakutannya itu!
Ibu Ezurin Menitiskan Air Mata
Episod malam tadi juga menyaksikan pertemuan Ezurin bersama ibunya Zelly Ariffin. Ezurin sempat meluahkan isi hatinya mengenai keperluan mencari pengganti sebagai pasangan hidup. Walaubagaimanapun, sebagai ibu, Zelly tahu anaknya itu masih belum bersedia untuk berbuat demikian. Apabila Ezurin meminta ibunya mendoakan agar beliau bertemu lelaki yang baik, Zelly terus mengalirkan air mata dan memeluk erat anaknya itu.
Tunku Imaan Tak Setuju Jika Ezurin Pergi Dating!
Ezurin menghubungi anaknya, Tunku Imaan menerusi panggilan video dan menceritakan tentang cadangan dua rakannya, Sharifah Haslinda dan Anna Ayuda yang menyuruhnya berjumpa seseorang sebagai proses mencari pasangan hidup. Imaan kelihatan tidak bersetuju dan mengatakan mereka adik-beradik sudah cukup untuk menjadi 'teman hidup' ibunya.
Sudah tentu banyak lagi perkara menarik menanti anda dalam episod tujuh Rabu hadapan.
The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.